Kenyataan Mursyidul Am ditarik, nasib tiga bekas ADUN Perlis kini bergantung Pas Pusat

PUTRAJAYA –  Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berhubung keputusan Majlis Syura Ulama yang menerima kembali tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang dilucut keahlian didapati telah ditarik balik daripada paparan awam.

Hasil pemeriksaan The Malaysia Press (TMP) mendapati kenyataan yang sebelum ini dimuat naik di akaun Facebook rasmi milik Mursyidul Am Pas itu tidak lagi boleh diakses setakat ini.

Bagaimanapun, Hashim melalui laman sosial TikTok miliknya menjelaskan bahawa Majlis Syura Ulama telah menerima rayuan yang dihantar oleh ketiga-tiga ADUN tersebut dan akan dibawa untuk dibincangkan di peringkat Pas Pusat bagi pertimbangan lanjut.

Perkara itu turut disahkan oleh Ahli Majlis Syura Ulama, Datuk Ahmad Yahaya yang memaklumkan, Majlis Syura Ulama menerima borang permohonan keahlian baharu dikemukakan tiga bekas ADUN Pas yang dihentikan keahlian masing-masing susulan kemelut politik Perlis sebelum ini.

Beliau menerusi kenyataan pada Ahad memaklumkan permohonan itu akan diserahkan kepada pejabat Setiausaha Agung untuk pertimbangan Pas Pusat.

“Keputusan berkaitan rayuan tiga mantan ADUN Perlis ialah Majlis Syura Ulama menolak daripada membuat keputusan atas nama rayuan sebab ia bukan dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulama.
“Menerima borang permohonan ahli baharu Pas dari tiga mantan ADUN tersebut dan diserah kepada Setiausaha Agung Pas untuk pertimbangan Pas Pusat,” katanya.

Terdahulu, Hashim berkongsi kenyataan pada Ahad berhubung isu berkenaan selepas mesyuarat Majlis Syura Ulama yang diadakan pada 27 Januari lalu, yang antara lain menyentuh pertimbangan prinsip syariah dalam menangani permohonan terbabit.

Ketiga-tiga ADUN tersebut ialah Saad Seman (ADUN Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (ADUN Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (ADUN Guar Sanji).

Katanya, Mesyuarat Majlis Syura Ulama menerima rayuan yang dikemukakan ketiga-tiga mereka berdasarkan enam faktor termasuk prinsip al-Quran, manhaj Nabi Muhammad SAW dan kaedah Fiqh.

“Perintah al-Quran ialah ukhuwah dan persaudaraan, bukannya menghentikan ahli tanpa kasih sayang. Rahmat Allah dan islah diutamakan, bukan menyemarakkan nafsu amarah dalam jamaah.

“Manhaj Nabi Muhammad SAW dalam hukuman adalah mendahulukan taubat, membuka pintu kemaafan dan bukan tergesa-gesa menghukum seperti hadith al-Ghamidiyyah dan Juhainah.

“Kaedah Fiqh menyebutkan kemudaratan hendaklah dihilangkan. Apabila tiga kawasan DUN tiada wakil rakyat berfungsi, maka terhasillah kemudaratan awam yang jelas. Kebajikan rakyat tidak boleh dikorbankan demi ketegasan pentadbiran parti,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor lain dipertimbangkan adalah siasah syar‘iyyah yang matlamatnya adalah menjaga kesatuan saf, memelihara kepercayaan dalaman serta mengurus khilaf tanpa memusnahkan jamaah.

“Rakyat pula tidak boleh menjadi mangsa konflik dalaman parti. Pas adalah jamaah Islam yang memperuntukkan kuasa yang besar kepada Majlis Syura Ulama dan Mursyidul Am dalam Perlembagaan untuk memelihara Perlembagaan supaya dasar Pas dipatuhi dalam kegiatan dan pentadbiran Pas.

“Majlis Syura Ulama perlu membawa watak adil, pendamai dan pemaaf dalam menyatukan ahli Pas yang berpecah, khasnya di Perlis supaya tidak berterusan, ulama tidak boleh menambah api permusuhan yang marak menyala,” katanya.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16