Isu Sabah-Indonesia, MA63 perlu ditangani melalui rundingan – Mustapha

SEPANGGAR – Isu melibatkan dakwaan wilayah Sabah yang tular di media Indonesia perlu ditangani secara berhemah melalui saluran rasmi, tanpa menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud.

Menurut beliau, rundingan antara kedua-dua negara telah dilaksanakan dan kesepakatan bersama telah dicapai oleh kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Sebenarnya perundingan telah dibuat antara kedua-dua negara dan sebenarnya kesepakatan sudah dibuat.

“Dan memang dari segi hubungan bilateral, perkara ini sudah diketahui oleh kedua-dua pihak dan sebenarnya tidak ada isu daripada kerajaan di Indonesia dan juga kerajaan Malaysia.

“Cuma mungkin ada sumber-sumber yang tidak rasmi yang mengatakan sebaliknya,” katanya kepada selepas merasmikan Program Masjid di Hatiku: ‘Ke Arah Pembinaan Masyarakat MADANI Masjid Cinta Hatiku’ di Masjid Al-Kauthar, Kampung Karambunai, di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mustapha menegaskan bahawa Malaysia dan Indonesia sebagai negara berjiran perlu mengelakkan sebarang pertikaian yang boleh menjejaskan keharmonian serantau.

“Jadi saya fikir sebaiknya dapatkanlah maklumat rasmi tentang isu ini dan kita kena jaga mungkin kita adalah negara berjiran dan Indonesia tidak mahu disebabkan isu ini akan berlaku pertikaian antara kedua-dua negara.

“Tapi dari segi hubungan antara kedua-dua negara dalam pandangan isu ini memang amat baik dan itu adalah kesepakatan bersama,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung perbezaan pandangan antara pimpinan Persekutuan dan negeri, termasuk Sarawak, berkaitan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau menggesa semua pihak agar memberi ruang kepada proses perundingan melalui Majlis Perundingan Pelaksanaan MA63.

“Jadi saya mahu semua pihak agar bertenang, biarlah mahkamah juga memutus, kita ini negara hukum. Kita ini negara berperlembagaan. Jadi kita kena ikut jalur pelembagaan ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sememangnya kita memperjuangkan hak yang termaktub dalam MA63, namun kita juga perlu menjaga negara ini.

“Jadi saya fikir sudah ramai yang menyuarakan dan saya juga simpati sebagai orang Sabah yang begitu dekat dengan isu ini, saya pun simpati sebenarnya.

“Kita kena memperjuangkan hak kita itu tapi jangan lupa satu perkara. Dalam kita memperjuangkan hak kita, kita juga mahu membina negara ini. Itu adalah tanggungjawab,” tegasnya.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta