‎NADI jadi medium penyebaran maklumat MA63 ‎

SEPANGGAR – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan dimanfaatkan sebagai medium utama bagi memperluaskan penyebaran maklumat berkaitan pelaksanaan Dashboard Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada masyarakat.

‎Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, langkah itu bertujuan memastikan maklumat berkaitan MA63 dapat disampaikan secara lebih menyeluruh melalui pelbagai kaedah, termasuk secara fizikal, dokumentasi, media dan dalam talian.

‎”Perbincangan telah diadakan dengan pihak Pusat NADI bagi menghubungkan kemudahan berkenaan dengan Portal Dashboard MA63.

‎“Kita bercadang untuk memautkan portal Dashboard MA63 dengan Pusat NADI supaya pengguna yang mengunjungi pusat ini dapat mengakses maklumat berkaitan pelaksanaan MA63 secara langsung,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press (TMP) selepas mendengar Taklimat dari NADI Pekan Puterajaya, pada Sabtu.

‎Sementara itu, beliau memaklumkan Portal Dashboard MA63 telah merekodkan lebih 2,500 pengunjung dalam tempoh empat hari selepas diluncurkan.

‎”Pihak saya juga sedang berbincang dengan Badan Hal Ehwal Sabah dan Sarawak bagi menambah kandungan dalam portal berkenaan.

‎“Antara maklumat yang akan dimasukkan termasuk ordinan, lGC report serta penyelidikan berkaitan MA63 yang dijalankan oleh institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

‎”Semua bahan itu akan dipautkan ke Dashboard MA63 bagi memudahkan orang ramai membuat rujukan yang sahih dan tersusun,” jelasnya.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik langkah kerajaan meminda Akta Tabung Haji 1995 sebagai usaha memperkukuh tatakelola serta memastikan amanah umat Islam yang dipertanggungjawabkan kepada institusi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Pucuk pimpinan yang tegas lagi teguh diperlukan untuk perangi rasuah – Ayob Khan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian