Usahawan wanita Sahabat AIM Sabah catat kosong peratus PAR

KOTA KINABALU – Kejayaan usahawan wanita di bawah program Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Sabah mencatatkan kosong peratus Portfolio At Risk (PAR) menjadi bukti nyata keupayaan, disiplin serta keteguhan wanita dalam mengurus kewangan dan perniagaan secara mampan.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, pencapaian tersebut mencerminkan komitmen luar biasa usahawan wanita AIM dalam memastikan pembayaran balik pinjaman dibuat sepenuhnya tanpa sebarang tunggakan.

“Saya menyampaikan rasa hormat dan bangga kepada semua usahawan Sahabat AIM Sabah atas pencapaian 0 peratus Portfolio At Risk (PAR), yang bermakna kesemua mereka berjaya melunaskan pinjaman dengan penuh disiplin,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini pada Jumaat.

“Kejayaan itu bukan sahaja membuktikan keberkesanan program pembangunan keusahawanan AIM, malah memperlihatkan kekuatan pengurusan ekonomi dalam kalangan wanita, sekali gus menjadi inspirasi kepada lebih ramai golongan wanita untuk menceburi bidang keusahawanan.

“Pencapaian ini menunjukkan disiplin dan jiwa pengurusan ekonomi yang tinggi dalam kalangan wanita melalui Sahabat AIM,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi beberapa kisah kejayaan usahawan wanita yang pernah dikunjungi sebelum ini sebagai suntikan motivasi agar para usahawan AIM terus berdaya saing dan berusaha meningkatkan perniagaan masing-masing.

Katanya, di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, pelbagai inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan serta menyokong pertumbuhan usahawan tempatan secara berterusan.

Pada majlis tersebut, beberapa anugerah keusahawanan turut disampaikan kepada usahawan cemerlang sebagai pengiktirafan terhadap prestasi dan sumbangan mereka.

“Saya berharap kejayaan Sahabat AIM dalam perusahaan masing-masing akan terus menjadi inspirasi kepada usahawan lain di seluruh Sabah,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ewon turut menjemput pemenang kategori individu serta ketua-ketua blok bagi kategori blok untuk menghadiri sesi pertemuan khas pada minggu hadapan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk saya mendengar secara langsung isu, cabaran dan cadangan mereka, di samping menyampaikan insentif tambahan sebagai galakan kepada usahawan yang menunjukkan prestasi cemerlang,” katanya.

Related Posts

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

ALOR SETAR – Mantan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Mohd. Jamil Md. Idross, 78, ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Teluk Bagan di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Bekas Timbalan Speaker ditemukan lemas dalam sungai

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Proses turun takhta Yang di-Pertuan Besar langgar tujuh tegahan Adat Pepatih, ketepikan peranan Ibu Soko

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu