Integrasi STILE perkukuh pengurusan trafik Sri Aman

KUCHING – Sri Aman Development Agency (SADA) menyatakan sokongan penuh terhadap usaha mengintegrasikan sistem lampu isyarat pintar atau Smart Traffic Light Integrated Environment (STILE) di Sri Aman ke dalam Sarawak Integrated Operation Centre (SIOC), selaras dengan agenda pemodenan infrastruktur bandar di Sarawak.

Perkara itu dimuktamadkan dalam satu Mesyuarat Penyelarasan Antara Agensi yang diadakan baru-baru ini, sekali gus memperlihatkan komitmen berterusan SADA dalam menyokong pembangunan berteraskan teknologi pintar yang memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan rakyat.

Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata integrasi STILE ke dalam sistem pemantauan berpusat SIOC amat penting bagi memastikan pengurusan trafik di Sri Aman lebih cekap, sistematik dan selaras dengan standard negeri.

“SADA sentiasa komited untuk menyokong sebarang pembangunan yang memberi kemudahan kepada rakyat”.

“Apa jua sistem yang berupaya meningkatkan kawalan lalu lintas dengan lebih cekap akan diberi sokongan penuh demi menjamin kelancaran dan keselamatan trafik di Sri Aman,” katanya.

Menurut beliau, penggunaan teknologi lampu isyarat pintar bukan sahaja mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas, malah membantu pihak berkuasa membuat keputusan berasaskan data masa nyata.

“Integrasi ini membolehkan pemantauan trafik dilakukan secara menyeluruh dan berpusat”.

“Ia selari dengan aspirasi Sarawak ke arah bandar pintar serta pengurusan infrastruktur yang lebih mampan,” tambahnya.

Kerjasama antara pelbagai agensi ini dilihat sebagai langkah strategik bagi memastikan pelaksanaan sistem STILE dapat dilaksanakan secara bersepadu, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan kelancaran trafik di Sri Aman demi keselesaan pengguna jalan raya.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Wakil Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman, Wakil Setiausaha Majlis Daerah Sri Aman, Wakil Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Sarawak.

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat