Rakyat Sabah sokong larangan jualan minyak masak subsidi kepada warga asing

SEMPORNA – Rakyat Sabah menyatakan sokongan penuh terhadap langkah kerajaan melarang penjualan minyak masak bersubsidi kepada bukan warganegara berkuatkuasa 1 Mac ini.

Di Semporna, Masnia Biskai berpendapat, pelaksanaannya akan membantu lebih banyak warganegara khususnya golongan B40.

“Sekiranya pembelian minyak subsidi tidak dapat dikawal, ia boleh menyebabkan berlakunya kekurangan bekalan minyak dan tidak dapat dimanfaatkan oleh mereka yang benar-benar layak,” ujarnya.

Sementara di Sandakan, Murnilwati Moong berpandangan, usaha bagi mengelak salah guna minyak masak bersubsidi berkenaan adalah langkah yang tepat dan sekali gus boleh dimanfaat sepenuhnya oleh rakyat khususnya yang berstatus warganegara.

“Saya juga berharap pemantauan dilakukan secara berterusan oleh pihak berkuasa memastikan tiada ketirisan minyak masak peket berkenaan,” katanya.

Mengenai penggunaan aplikasi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS) yang digunapakai untuk merekod dan mengurus pembelian minyak masak, Safwan Safarudiin berkata, ianya akan membantu pelaksanaan menerusi sistem digital dengan lebih telus.

“Larangan pembelian itu saya rasa wajar dibuat manakala eCOSS ini apa yang saya harapkan agar ia mesra pengguna dan tidak membebani rakyat” ujarnya.

Juhaida Richard juga senada, eCOSS mampu memudahkan bukan sahaja orang awam, tetapi warganegara Malaysia untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

“Saya menyokong usaha kerajaan mewujudkan sistem ini, kerana dapat memberi sasaran pembeli yang tepat dan saya berharap harga minyak peket ini akan lebih stabil.

“Walau bagaimanapun kerajaan perlu perincikan lagi langkah pelaksanaan menggunakan aplikasi eCOSS terutamanya kepada mereka yang tidak mahir menggunakan teknologi dan mungkin telefon bimbit yang agak terhad atau tidak mempunyai talian internet,” kongsinya kepada pemberita.

Kelmarin, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali semasa menjawab soalan MQT di Dewan Rakyat berkata, kerajaan telah mewartakan peraturan larangan pembelian minyak masak paket bersubsidi kepada bukan warganegara berkuat kuasa 1 Mac ini berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan dengan punca kuasa Seksyen 6 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Selain itu, melalui aplikasi eCOSS transaksi penjualan dan pembelian secara digital akan direkod secara automatik, membolehkan peruncit dan penguat kuasa melaksanakan larangan dengan berkesan.

Related Posts

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mencadangkan penyelarasan antara agensi kerajaan bagi menambah baik syarat pelesenan pusat kecantikan dan kesihatan termasuk spa serta pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

SEMPORNA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat kesalahan menceroboh dan mencabul seorang wanita warganegara China di sebuah pusat peranginan di Jalan Kamiri, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3