Keputusan kemasukan ke universiti awam lepasan STPM diumum 6 Sept

KUALA LUMPUR – Keputusan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam (UA) peringkat Sarjana Muda Sesi Akademik 2024/2025 bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan esok, 6 September 2024.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media pada Khamis berkata, keputusan tersebut boleh disemak bermula pukul 12 tengah hari esok hingga pukul 5 petang pada 15 September 2024.

“Keputusan permohonan adalah bagi lepasan STPM atau setaraf, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Matrikulasi, Asasi dan Diploma.

“Pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 7 hingga 15 September 2024 di laman web UA masing-masing,” kata kenyataan berkenaan.

Menurut KTP, keputusan berkenaan boleh disemak melalui pautan https:llipt.utm.my, https://jpt.uum.edu.my, https:/ljpt.unimas.my, https:llipt. ums.edu.my dan https:/lijpt.umt.edu.my.

Jelas KPT, semakan boleh juga dibuat melalui Aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Tambah KPT, surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA mulai 7 September 2024 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan.

“Hanya pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 6 September 2024, pukul 12 tengah hari hingga 15 September 2024, pukul 5 petang.

“Tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2024/2025 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajan dan UA tidak dibenarkan. Dasar pemilihan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian.

“Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA,” kata KPT lagi.

Related Posts

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

DESAKAN agar Selat Melaka ‘bebas sepenuhnya daripada pengaruh kuasa luar’ mungkin kedengaran patriotik, malah mudah meraih sokongan emosi. Namun hakikatnya, naratif sebegini berisiko mengelirukan rakyat jika tidak berpijak pada fakta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

ARAU – Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas menuntut penjelasan daripada Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah berhubung penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Selat Melaka bukan milik retorik: Realiti undang-undang vs politik populis

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Jalan Lubok Tamang pacu ekonomi Saribas, beri manfaat 3,000 penduduk

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

Enam ADUN Pas tuntut penjelasan MB isu penangguhan sidang DUN Perlis

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

UiTM Mukah Night Bazaar sokong peniaga kecil jana pendapatan

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Dakwaan GPS tanding PRU di Sabah sekadar ‘cerita dongeng’, fitnah berniat jahat

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak

Gara-gara hasil sawit, buruh positif dadah cuba pukul, ugut kakak