MA63 jamin hak Sarawak, bukan sekadar senarai industri

KUCHING – Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bukanlah dokumen yang bertujuan menyenaraikan industri semata-mata, sebaliknya ia berfungsi sebagai jaminan untuk memelihara hak dan undang-undang Sarawak yang telah wujud sebelum pembentukan Malaysia.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ahmad Ibrahim menegaskan, hak tersebut tidak boleh diketepikan sewenang-wenangnya oleh perundangan Persekutuan yang digubal terkemudian tanpa melalui proses perlembagaan yang sewajarnya.

Beliau mengakui walaupun secara teknikalnya MA63 tidak menyatakan secara jelas mengenai pemilikan minyak dan gas, namun perjanjian itu tidak pernah dimaksudkan sebagai satu undang-undang yang perlu memperincikan sektor demi sektor.

“Tujuan teras MA63 ialah untuk melindungi hak, kuasa dan undang-undang Sarawak serta Sabah sebagaimana yang wujud ketika pembentukan Malaysia.

“Ketiadaan istilah khusus tidak menafikan perlindungan tersebut. Sebaliknya, MA63 hendaklah dibaca sebagai suatu jaminan perlembagaan hak-hak negeri, khususnya berkaitan tanah dan sumber kekal terpelihara melainkan dipinda secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang mendakwa MA63 tidak mengandungi peruntukan mengenai pemilikan, pengurusan atau pengawalseliaan sumber minyak dan gas.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, tindakan mengecilkan tafsiran MA63 hanya kepada apa yang tidak disenaraikan di dalamnya berisiko mengabaikan niat sebenar dan kesan perundangan perjanjian tersebut.

Jelasnya, isu pokok dalam perdebatan ini bukanlah soal semantik atau ketiadaan teks eksplisit mengenai minyak dan gas.

“Sebaliknya, ia berkaitan dengan pengiktirafan MA63 memelihara secara perlembagaan hak dan undang-undang sedia ada Sarawak.

“Isunya ialah kesinambungan perlembagaan dan proses yang sah di sisi undang-undang,” tegasnya lagi.

Related Posts

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

SIK – Selepas 11 hari dilaporkan hilang, seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sudah meninggal dunia di kawasan kebun getah di FELDA Teloi Timur di sini hari ini. Mayat lelaki terbabit,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

BINTULU – Kerajaan Persekutuan secara rasmi menyerahkan status Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan Sarawak pada Ahad bagi menunaikan komitmen yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).   Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain kembali sertai parti AMANAH

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Lelaki hilang 11 hari, mayat ditemukan di kebun getah

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Pelabuhan Bintulu kini milik Sarawak, bukti komitmen Kerajaan MADANI tunai MA63

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Rusia beri komitmen jangka panjang, Turkmenistan lulus blok cari gali Laut Kaspia – PM

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

Harga diesel seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter guna MyKad

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin

RTP DUN Kalaka sedia peruntukan RM50,000 naik taraf Surau Darul Muafiqin