LPKP Sarawak catat pencapaian cemerlang, hargai warga kerja

KUCHING – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak menganjurkan Majlis Makan Malam dan Sanjungan Budi 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta komitmen warga kerja ibu pejabat berkenaan sepanjang tahun lalu.

Majlis yang berlangsung di sebuah hotel di sini itu diadakan dalam suasana penuh kemeriahan bagi meraikan kejayaan bersama organisasi tersebut.

Pengarah LPKP Sarawak, Cornelia Wong Chui berkata, pencapaian cemerlang organisasi itu adalah hasil daripada semangat kerjasama berpasukan, dedikasi dan profesionalisme tinggi yang ditunjukkan oleh setiap kakitangan.

“Kejayaan LPKP Sarawak tidak mungkin tercapai tanpa komitmen jitu dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Antara pencapaian utama yang kita banggakan termasuklah kejayaan pengoperasian 10 laluan BAS.MY Kuching bermula 5 Mac 2025 dan pengeluaran tujuh Pekeliling LPKP Sarawak yang berkuat kuasa Oktober lalu,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut Cornelia, LPKP Sarawak turut melakar sejarah apabila dianugerahkan Sijil Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 20 November 2025, bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Sarawak.

Justeru, beliau menyeru seluruh warga kerja agar terus memperkukuh komitmen dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan.

“Kita perlu sentiasa bersedia menyesuaikan diri dengan perubahan dan tuntutan semasa demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan dan berkualiti,” ujarnya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menjadi platform meraikan perpisahan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Strategik, Abang Zulkarnain Abang Haji Ibrahim.

Beliau yang telah berkhidmat selama 10 tahun bersama LPKP Sarawak bakal berpindah tugas ke Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pengarah LPKP Sarawak, Razami Mohamad Jamali serta pegawai-pegawai kanan agensi berkenaan, Rosidah Mohtar dan Faizul Azri Suhaili.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Geran pembangunan diagih, penerima diharap beri impak positif kepada Miri

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih

Elemen terpilih GST dalam SST bantu atasi cukai bertindih