Sarawak dihormati hasil tadbir urus berkesan

SIBU – Kejayaan Sarawak yang dikecapi hari ini adalah berpaksikan kepada tadbir urus yang berkesan serta pengurusan sumber yang bijaksana bagi memastikan kesejahteraan rakyat di negeri itu terus terpelihara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian berkata, pendekatan pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat serta kestabilan politik telah menjadikan Sarawak sebagai contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia. 

Menurut beliau, Sarawak kini dihormati bukan semata-mata kerana kekayaan sumbernya, sebaliknya kerana keupayaan kerajaan negeri dalam melaksanakan dasar dan pembangunan secara konsisten serta berkesan.

“Sarawak dihormati bukan kerana kita kaya, tetapi kerana apa yang kita lakukan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Ramai pihak kini datang ke Sarawak untuk belajar daripada pengalaman serta pendekatan yang kita ambil,” katanya ketika merasmikan pejabat baharu Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong pada Ahad.

Dr Sim yang juga Presiden SUPP menegaskan bahawa kestabilan politik serta kerjasama erat antara parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan asas penting kepada pelaksanaan pembangunan yang lebih pantas. 

Beliau menjelaskan kestabilan tersebut membolehkan kerajaan merancang dan melaksanakan dasar dengan lebih yakin, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap hala tuju negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong menyatakan keyakinan GPS berpotensi merampas semula kerusi Parlimen Lanang pada pilihan raya akan datang berdasarkan peningkatan sokongan pengundi. 

Beliau menyasarkan SUPP-GPS hanya memerlukan tambahan sekitar 10 peratus sokongan untuk menang memandangkan peratusan sokongan terhadap pihak lawan menunjukkan penurunan pada pilihan raya lalu.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee; ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang; ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing serta ADUN Bukit Assek, Chieng Jin Ek.

Related Posts

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor membuka tiga kertas siasatan berhubung isu pemasangan bendera Negeri Johor dan Jalur Gemilang secara terbalik di negeri ini, dengan lima individu sudah ditahan bagi membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

ALOR SETAR – Seramai 90 individu termasuk pegawai dan anggota polis Kedah dikenakan tindakan siasatan tatatertib sepanjang tahun ini sehingga Jun lalu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Kerajaan percepat penggubalan RUU e-Dagang

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Akta Perkhidmatan Pos dipinda, keselamatan industri kurier diperkukuh

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

Bendera terbalik: Tiga kes disiasat, lima individu ditahan

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

PM perkenal Jualan Ihsan Rahmah 9.9 secara dalam talian

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

90 kakitangan polis Kedah dikenakan tindakan tatatertib

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu

Henti sementara pajakan kawasan dekat kampung Orang Asli – ADUN Semambu