Kanser serviks: Sarawak miliki makmal molekular khas, percepat proses analisis sampel ujian HPV DNA

SRI AMAN – Sarawak kini memiliki makmal molekular khas dalam usaha memperkasakan pengesanan kanser serviks dan mempercepatkan proses analisis sampel ujian vaksinasi papilomavirus manusia (HPV).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula Januari 2026, semua sampel bagi saringan ujian HPV DNA oleh wanita Sarawak dan Sabah akan dihantar dan diproses di Makmal Molekular Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang bertempat di Pusat Keluarga LPPKN Sarawak di Wisma Sego, Kuching.

“Makmal ini merupakan makmal pertama yang dibuka di Sarawak untuk menjalankan analisis sampel ujian HPV DNA.

“Dengan adanya makmal ini, tempoh masa bagi mendapat keputusan dapat dipercepatkan dan kapasiti menganalisi saringan dapat ditingkatkan khususnya bagi masyarakat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pengerusi LPPKN, Datuk Seri Rohani Abdul Karim pada Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, di sini, pada Ahad.

Jelasnya lagi, makmal ini sangat penting bagi membolehkan analisis sampel dilakukan secara tempatan, selain mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan kadar saringan di seluruh Sarawak.

Selain itu dalam perkembangan sama, sebagai langkah strategik, pelaksanaan program dan kempen kesedaran untuk tahun 2026 akan menumpukan saringan ujian HPV DNA menerusi ‘Pemerkasaan Komuniti Melalui Duta Etnik’.

Tumpuan ini adalah sebagai satu langkah mencapai eliminasi kanser serviks dalam kalangan semua wanita khususnya wanita di komuniti Orang Asli atau etnik di kawasan pedalaman dan komuniti terpencil termasuklah Sarawak.

Oleh itu, dianggarkan seramai 50 wakil duta etnik dan NGO Sarawak telah dikenal pasti dan akan dilantik serta dilatih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya 5 sesi kesedaran kanser serviks di komuniti atau kawasan masing-masing.

Usaha ini diharap akan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain untuk memperluas capaian program secara menyeluruh kepada kaum wanita di negeri masing-masing.

Related Posts

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat