SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus memperkukuh penyelarasan pelaksanaan agenda pembangunan negeri menerusi kunjungan hormat Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada Menteri Kerja Raya dan Utiliti, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri I berkata, pertemuan itu menjadi platform strategik bagi menyelaras hala tuju dasar pembangunan negeri, terutama membabitkan sektor infrastruktur dan utiliti asas bagi memastikan pelaksanaan inisiatif SMJ 2.0 memberi impak langsung kepada rakyat.

“Tumpuan perbincangan adalah memastikan hala tuju dasar pembangunan, khususnya dalam sektor infrastruktur dan utiliti, dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan memberi impak tinggi kepada rakyat.

“Kami turut berkongsi pandangan serta input mengenai keadaan semasa infrastruktur jalan raya, bekalan air, sistem pembetungan dan bekalan elektrik di seluruh negeri.

“Turut dibincangkan adalah cabaran pelaksanaan di lapangan, termasuk keperluan penambahbaikan secara berperingkat bagi meningkatkan kebolehpercayaan perkhidmatan asas serta kesejahteraan rakyat, sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan Sabah,” kongsinya menerusi kenyataan media pada Khamis.

Tambahnya, pertemuan ini dilihat sebagai langkah penting dalam memperkukuh sinergi antara agensi pelaksana dan sekretariat utama pembangunan negeri, sekali gus mempercepat penyampaian perkhidmatan serta merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Joachim turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rombongan Sekretariat SMJ atas kunjungan berkenaan dan menzahirkan harapan agar pelaksanaan SMJ 2.0 akan menjadi lebih mantap, berkesan dan tersusun demi kepentingan rakyat serta kemajuan negeri secara menyeluruh.

Rombongan Sekretariat SMJ diketuai oleh Ketua Pegawai Penyelaras, Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai bersama-sama Ketua Pegawai Operasi, Datuk Ramlee Kariah serta pegawai-pegawai kanan sekretariat.

Related Posts

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

KUANTAN – Tindakan penguatkuasaan terhadap pencerobohan tanah di sekitar Tasek Bera perlu dilihat dari sudut pematuhan undang-undang, bukan sebagai usaha menindas masyarakat Orang Asli. Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

LIMBANG – Ribuan pengunjung membanjiri Tebingan Sungai Limbang pada Ahad bagi menyaksikan Pertandingan Perahu Naga yang menjadi antara acara utama sempena hari terakhir Pesta Limbang 2026. Pertandingan yang berlangsung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan

Ops Ekstrem: JPJ Sabah sita 13 kenderaan, airsus antara ubah suai dikesan