
KINABATANGAN – Peratusan keluar mengundi bagi pengundi awal dalam PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag setakat pukul 3 petang ialah 89.42 peratus dan 89.89 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu membabitkan masing-masing 169 pengundi bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag.
Proses pengundian itu melibatkan 196 anggota Polis layak mengundi iaitu 189 mengundi secara fizikal di Dewan Serbaguna IPD Kinabatangan manakala tujuh lagi secara undi pos.
Proses pengundian awal berkenaan dibuka sejak pukul 8 pagi dan akan ditutup pukul 5 petang ini.
PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).
Sementara di DUN Lamag, pertembungan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).



