Redonah Pengerusi baharu Sedcovest Holding

KOTA KINABALU – Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Datuk Redonah Bahanda dilantik sebagai Pengerusi baharu Sedcovest Holding Sdn Bhd.

Redonah secara rasmi memulakan tugasnya hari ini di Pejabat Sedcovest Holdings Sdn Bhd, Wisma Sedco Wawasan Plaza di sini hari ini.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, atas kepercayaan yang diberikan.

“Pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar untuk memastikan Sedcovest terus berkembang sebagai syarikat pembangunan milik Kerajaan Negeri yang berjaya,” katanya.

Menurut Redonah, pembangunan ekonomi yang inklusif perlu bermula di peringkat akar umbi dengan menyediakan peluang latihan keusahawanan, akses pembiayaan, bimbingan perniagaan serta pasaran yang lebih luas kepada wanita yang terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana.

“Selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar, sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan wanita berdaya saing yang mampu menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi tempatan.

“Kita komited untuk memperkasa ekonomi dan keusahawanan wanita luar bandar dan memastikan pembangunan ekonomi yang lebih seimbang, inklusif dan mampan, sejajar dengan agenda pembangunan negeri Sabah,” kongsinya selepas mendengar taklimat ringkas mengenai operasi dan hala tuju Sedcovest oleh Pengurus Besar, Abd Rahim Md Zain dan pihak pengurusan Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

Redonah turut dibawa melawat premis-premis perniagaan dan kemudahan Pusat Inkubator Perniagaan (PIP) yang baru di Anjung Selera, Teluk Likas bersama-sama dengan pihak Pengurusan.

  • Related Posts

    Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

    SUNGGUH mengecewakan!Itulah ungkapan yang dilontarkan oleh Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika mengadakan lawatan ke tapak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau dan Bukit Selambau semalam. Kenyataan itu bukan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

    KUANTAN – Cabaran ekonomi global dicetuskan konflik peperangan dan gangguan rantaian bekalan menuntut rakyat memiliki kefahaman jelas bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dengan manipulasi maklumat oleh pihak tertentu. Menyedari tanggungjawab…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

    Krisis air Kedah: Ujian kepimpinan yang gagal diselesaikan

    Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

    Kerajaan Johor digesa permudah agihan BKJ fasa 4 kepada warga emas

    Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

    Hasrat MADANI bantu tangani naratif politik sempit

    Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

    Anwar wajar kembali bertanding di Permatang Pauh, kata Hassan Karim

    Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

    Bekalan elektrik dan air di Kg Mengatai, Buang Abai dan Telahak perlu tindakan segera – Hasbi

    Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah

    Prinsip sama rata, adil perkasa pembangunan sekolah