93 peratus pengundi awal PRK Kinabatangan, Lamag tunai tanggungjawab

KINABATANGAN – Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Sabah berlangsung lancar hari ini dengan kadar keluar mengundi mencecah 93 peratus.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses pengundian bermula seawal jam 8 pagi dengan satu pusat pengundian awal dibuka di Teratak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sebelum ditutup pada jam 5 petang.

“Seramai 189 orang anggota polis layak untuk mengundi awal dalam PRK ini.

“Sejumlah 93 peratus atau 176 orang pengundi yang terdiri daripada anggota polis telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Selasa.

Beliau merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan atas kejayaan melaksanakan proses pengundian awal dengan amat baik.

Khairul Shahril turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas media serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama serta sokongan yang diberikan kepada SPR.

PRK bagi kedua-dua kawasan diadakan bagi memilih wakil rakyat baharu selepas kekosongan luar jangka.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran