Pecutan akhir, Naim mahu dengar denyut nadi rakyat

TONGOD – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Naim Kurniawan Moktar berkata, beliau memberi tumpuan penuh kepada pecutan akhir kempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut bagi menilai tahap penerimaan rakyat serta memahami permasalahan sebenar masyarakat setempat.

Menurut Naim, selepas empat hari berkempen, masih banyak kampung di seluruh Parlimen Kinabatangan yang perlu diziarahi bagi memastikan setiap isu rakyat dapat dikenal pasti sebelum beliau dapat berkhidmat dengan lebih berkesan.

“Sudah tentu belum boleh berpuas hati. Saya perlu turun ke semua kampung di Kinabatangan untuk mendengar sendiri masalah rakyat, barulah saya dapat berkhidmat dengan baik,” ujarnya ketika ditemui semasa program kempen di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Minusoh, di sini, pada Isnin.

Tambah Naim, sambutan yang diterima BN di PDM Minusoh amat memberangsangkan walaupun kawasan berkenaan merupakan tempat kelahiran calon Parti Bebas, Goldam H Salangah.

“Walaupun Kampung (Kg) Minusoh dikenali sebagai tempat lahir calon bebas, sambutan terhadap BN hari ini sangat menggalakkan. Ini memberi isyarat positif kepada jentera dan penyokong,” katanya.

Beliau turut mengakui kehadirannya di beberapa lokasi kempen mendapat sambutan luar jangka dengan sorakan orang ramai, namun menegaskan perkara itu tidak boleh dijadikan alasan untuk berada di zon selesa.

“Apa yang penting, kita tidak boleh selesa. Sejak awal kempen, saya sudah tekankan disiplin kerja kuat. Selesai Subuh, kita sudah bergerak kerana Kinabatangan ini terlalu luas dan perlu diliputi dengan segera serta berkesan,” jelasnya.

Mengulas kerjasama parti komponen, Naim berkata, setakat ini kerjasama antara BN dan rakan gabungan termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berada pada tahap baik, meskipun terdapat segelintir kelompok kecil di peringkat akar umbi yang masih belum sepenuhnya bersetuju dengan gabungan berkenaan.

“Pada pengamatan saya, perbezaan pandangan itu mungkin sekitar lima peratus ke bawah. Tugas kita ialah mengecilkan jurang ini dengan memberi kefahaman kepada akar umbi mengapa kita perlu bergabung, pentingnya kestabilan politik serta keperluan membawa agenda kerajaan supaya pembangunan dapat diteruskan,” katanya.

Tambahnya, pendekatan berterusan di peringkat akar umbi diyakini mampu memperkukuh sokongan dan memastikan gerak kerja kempen berjalan lebih tersusun hingga ke hari pengundian.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan