Sabah perkukuh kerjasama tenaga dengan ConocoPhillips

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus mengorak langkah memperkukuh sektor tenaga negeri apabila menerima kunjungan hormat delegasi syarikat tenaga multinasional dari Amerika Syarikat, ConocoPhillips.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kunjungan hormat yang diketuai oleh Presiden ConocoPhillips Malaysia, Connor Dunn, itu bertujuan mempererat hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat berkenaan yang membincangkan perkembangan semasa serta potensi kerjasama strategik dalam sektor minyak dan gas, khususnya berkaitan operasi dan pelaburan ConocoPhillips di Sabah.

“Dalam pertemuan ini, saya telah diberikan taklimat mengenai hala tuju dan perancangan syarikat, termasuk aspek keselamatan operasi, pematuhan terhadap peraturan, kelestarian alam sekitar serta komitmen ConocoPhillips dalam menyokong pembangunan industri tenaga yang mampan dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan media, di sini pada Isnin.

Menurutnya, kerjasama berterusan antara kerajaan negeri dan pemain industri tenaga adalah penting bagi memastikan sektor minyak dan gas terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah, di samping mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat tempatan serta meningkatkan pembangunan modal insan negeri.

“Kerajaan Negeri Sabah sentiasa komited untuk memastikan sebarang pembangunan dan pelaburan dalam sektor tenaga dilaksanakan secara mampan, selamat dan memberi manfaat berterusan kepada rakyat,” tegasnya.

Tambah Masidi, penglibatan syarikat tenaga bertaraf global seperti ConocoPhillips turut menyumbang kepada pemindahan teknologi, peningkatan keupayaan industri tempatan serta pengukuhan ekosistem tenaga negeri, sejajar dengan aspirasi Sabah untuk muncul sebagai hab tenaga yang berdaya saing di peringkat serantau.

“Kunjungan hormat itu mencerminkan hubungan baik yang terjalin antara Kerajaan Negeri Sabah dan ConocoPhillips, sekali gus menzahirkan komitmen bersama untuk memperkukuh kerjasama strategik demi pembangunan sektor tenaga yang mampan dan berdaya tahan dalam jangka panjang,” ujarnya.

Sementara itu, turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Kejuruteraan Pembangunan ConocoPhillips Malaysia, Ian Lim; Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr Dionysia Kibat; Pengarah Eksekutif Upstream SMJ Energy, Datuk Albert Lo; serta Pengarah Eksekutif OGSE dan Korporat SMJ Energy, Terry Biusing.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS