Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

SARATOK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Saratok menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana kelab atau persatuan yang beroperasi secara haram, terutama yang menjalankan aktiviti bercanggah dengan undang-undang serta mengancam keselamatan awam.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya kini mempertingkatkan kawalan dan pemantauan terhadap penubuhan serta pelaksanaan aktiviti pertubuhan di daerah ini.

Menurutnya, langkah tegas itu diambil bagi memastikan tiada pihak menyalahgunakan platform persatuan untuk tujuan yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat dan menggugat keharmonian setempat.

“Semua kelab dan persatuan, termasuk kelab seni mempertahankan diri (silat) serta pertubuhan berkaitan diwajibkan berdaftar secara sah dan mendapatkan kebenaran pihak berkuasa sebelum menganjurkan sebarang aktiviti, khususnya yang melibatkan perhimpunan ramai.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur atau ahli persatuan yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Libat Urus Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong dan pemimpin masyarakat kawasan tersebut, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mathew turut menyeru kerjasama erat daripada pemimpin komuniti dan orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa.

Jelas beliau, maklumat awal daripada peringkat akar umbi amat kritikal bagi membolehkan polis mengesan sebarang pergerakan atau aktiviti mencurigakan yang dijalankan secara tertutup.

“Keselamatan awam adalah tanggungjawab bersama. Orang ramai diminta segera menyalurkan maklumat sekiranya mengesan aktiviti yang boleh menjejaskan ketenteraman demi memastikan Saratok kekal aman dan selamat,” ujarnya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula