Kerjasama strategik PDRM-LepaPa bantu cegah jenayah

LAWAS – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas memperkukuh kerjasama strategik dengan pengurusan LepaPa Hypermarket bagi meningkatkan tahap keselamatan di premis tumpuan ramai itu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, inisiatif menerusi kunjungan hormat itu bertujuan membincangkan langkah pencegahan jenayah secara holistik serta menjamin keselamatan pelanggan dan pekerja.

Menurutnya, antara fokus utama perbincangan ialah menangani isu kecurian, gangguan awam, penipuan serta kaedah pengesanan awal aktiviti mencurigakan.

“Dalam sesi ini, pihak polis turut membuat penilaian terhadap aspek fizikal premis seperti keberkesanan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), sistem pencahayaan, susun atur kedai serta peranan pengawal keselamatan.

“Kita juga memberi khidmat nasihat berkaitan prosedur kecemasan selaras dengan garis panduan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya selepas mengetuai kunjungan lapan pegawai ke premis berkenaan, baru-baru ini.

Kehadiran mereka disambut oleh Pengurus Besar LepaPa Hypermarket, Lau Boon Poh serta barisan pengurusan pasar raya tersebut.

Mengulas lanjut, Liong turut menyarankan agar pihak pengurusan dan kakitangan pasar raya bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ polis dengan menyalurkan maklumat segera sekiranya berlaku sebarang insiden.

Jelas beliau, penyelarasan mekanisme komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pihak adalah kritikal bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil demi ketenteraman awam.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Institusi strategik negara perlu diperkukuh dengan tadbir urus cekap

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa

Putra alu-alukan pemansuhan AUKU, anggap kemenangan kebebasan mahasiswa