Kontraktor LPB Pakej 2 gagal siap kerja pembinaan bakal dinilai semula JKR

BEAUFORT – Kontraktor Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Pakej 2 yang gagal menyiapkan kerja-kerja pembinaan LPB akan dinilai semula termasuk tindakan selanjutnya mengikut perjanjian kontrak oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, pakej berkenaan termasuk laluan Batu 5 hingga Batu 7 melibatkan laluan Kampung Malalia ke Beaufort yang merupakan laluan kritikal dan sering mengalami kerosakan jalan selain menerima banyak aduan daripada rakyat.

“Kerajaan telah menyalurkan peruntukan dan melantik kontraktor. Sekarang adalah giliran kontraktor untuk bertanggungjawab.

“Jika mereka gagal, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya melalui JKR,” katanya selepas mengadakan sesi lawatan tapak projek bersama JKR, perunding dan kontraktor di laluan berkenaan, di sini pada Selasa.

Ruslan yang juga Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berkata, kontraktor terlibat perlu melaksanakan pembaikan sementara di laluan kritikal bagi mengurangkan risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya sementara menunggu penurapan sepenuhnya.

“Saya akan terus memantau projek ini secara langsung sehingga jalan ini benar-benar selamat digunakan,” tegasnya.

Projek Pakej 2 sepanjang 34.7 kilometer setakat ini telah mencapai kemajuan 62.5 peratus, namun masih berdepan kelewatan akibat faktor cuaca, pengambilan tanah dan isu teknikal.

Related Posts

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

SHANGHAI – SMD Semiconductor Sdn Bhd (SMD) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Jiangsu Linyang Energy Co Ltd (Linyang Energy) untuk membekalkan penyelesaian semikonduktor kuasa ke pasaran global pada 13 Ogos…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

KUANTAN – Sejumlah RM5.5 juta diperuntukkan Kerajaan Pahang bagi memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negeri itu. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Penyatuan Melayu-Islam: Apa makna jika amanah dan tadbir urus dipersoal?

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Sarawak perkukuh status hab tenaga hijau dan semikonduktor di Asia Tenggara

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Kerajaan Pahang sedia RM5.5 juta untuk TVET

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Pas gagal tutup aktiviti judi masa jadi kerajaan – Chun Weng

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam

Dr MAZA puji prestasi Menteri Agama dalam pengurusan hal ehwal Islam