Keputusan NFA kes Zahid dibuat berdasarkan fakta dan undang-undang – Peguam Negara

KEPUTUSAN untuk mengambil tindakan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan rasuah berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dibuat berdasarkan penelitian menyeluruh terhadap fakta kes dan peruntukan undang-undang, bukannya atas dasar budi bicara semata-mata.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, pihaknya mengambil kira representasi dikemukakan oleh pihak pembelaan serta hasil siasatan lanjut yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum membuat keputusan berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut itu mendapati tiada keperluan untuk kes berkenaan diteruskan.

“Ya (Ahmad Zahid) sudah bebas seperti dinyatakan dalam kenyataan media hari itu. Dia bebas secara muktamad, mutlak. Tak ada masalah sebab kita menggunakan kuasa mengikut Fasal 145. Apabila kita tutup dan kita nyatakan secara muktamad, that’s it (itu saja).

“Kita menggunakan kuasa mengikut undang-undang. Apabila kita melihat ada enam representasi diberikan, jadi kena faham saya bertindak bukan atas suka-suka.

“Ada fakta, isu undang-undang dibangkitkan peguam dalam representasi itu.

“Sebelum ini, kita semak dan dapati ketika itu perlu ada siasatan lanjut yang menyebabkan kes DNAA (melepas tanpa membebaskan). Namun, apabila kita kaji balik, SPRM pun buat siasatan lanjut, didapati tiada keperluan untuk kes diteruskan.

“Jadi, (Ahmad Zahid) tidak boleh didakwa lagi, sudah selesai. Once and for all (secara muktamad),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Pembukaan Tahun Perundangan 2026 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, serta Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Wan Salleh.

Mengulas mengenai persoalan pendakwaan kes itu yang sebelum ini didapati mempunyai prima facie, Mohd Dusuki berkata pihaknya menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang selepas penelitian lanjut terhadap keseluruhan siasatan.

Beliau berkata, terdapat pelbagai aliran kewangan serta isu utama yang dikenal pasti, yang akhirnya melemahkan kes pendakwaan.

Katanya, terdapat juga kes lain apabila tertuduh dipanggil membela diri dan disabitkan di Mahkamah Tinggi, namun apabila dibawa ke Mahkamah Rayuan, mahkamah menilai semula keseluruhan kes dan mendapati terdapat keperluan untuk mengurangkan hukuman.

“Prima facie satu hal, tetapi apabila kita tengok balik siasatan lanjut, kita dapati banyak aliran duit yang jadi isu utamanya. Ia telah dilute (sudah tidak kukuh) kes yang dipanggil bela diri.

“Jadi kita gunakan kuasa, tak perlu kes diteruskan. Sebab itu keadaan sudah berubah, siasatan lanjut memang sangat komprehensif. Kita sudah tekankan dulu ketika Zahid dituduh, ada banyak kekurangan ketika itu.

“Ada yang mempersoalkan mengapa kes prima facie tetapi sekarang kita kaji balik. Ia disebabkan ada enam representasi, ada fakta perlu kita lihat. Isu undang-undang, fakta dan sebagainya.

“Apabila kita dapat semua itu, ia tidak memungkinkan kes itu diteruskan tetapi kita menghormati keputusan hakim (memutuskan) ada prima facie itu sebelum ini,” katanya.

Related Posts

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

BUKIT MERTAJAM – Bekalan petrol dan diesel negara masih mencukupi ketika ini meskipun konflik di Asia Barat dan keadaan ekonomi global memberi tekanan terhadap rantaian bekalan tenaga dunia, kata Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

SEBERANG PERAI – Kerajaan sedang mengambil langkah drastik bagi memperbaiki tahap pasaran pekerjaan di negara ini sekali gus komited menyediakan pekerjaan alternatif susulan laporan isu kehilangan pekerjaan membabitkan seramai 7,057…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama