KUANTAN – Pahang berjaya merekodkan pelaburan komited berjumlah RM18.04 bilion sepanjang tahun lalu, kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata, jumlah itu merangkumi pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM15.01 bilion dan pelaburan domestik (DDI) sebanyak RM3.03 bilion.
Katanya, pencapaian berkenaan menyaksikan pertambahan RM3.95 bilion atau 28.03 peratus berbanding sasaran tahun 2025 iaitu sebanyak RM14.09 bilion.
“Perkembangan ini menunjukkan ekonomi Negeri Pahang terus berada pada landasan yang kukuh, mampan dan berdaya saing,” katanya.
Wan Rosdy berkata, pencapaian itu juga mengukuhkan kedudukan Pahang sebagai destinasi pelaburan diyakini serta berpotensi tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.




