37 NGO antarabangsa hilang lesen operasi di Gaza mulai 2026

ISRAEL pada Ahad mula membatalkan lesen operasi 37 organisasi antarabangsa yang menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza, dengan alasan gagal memenuhi keperluan di bawah peraturan pendaftaran baharu, menurut pihak berkuasa penyiaran Israel, KAN.

Menurut laporan KAN, kerajaan Israel sejak Selasa lalu mula menghantar notis rasmi kepada puluhan organisasi antarabangsa memaklumkan bahawa lesen operasi mereka akan dibatalkan bermula Januari 2026, selain mengarahkan semua aktiviti ditamatkan selewat-lewatnya Mac tahun sama.

“Susulan penguatkuasaan mekanisme pendaftaran bagi organisasi antarabangsa di Gaza, proses menghalang 37 organisasi daripada terus beroperasi telah dimulakan,” kata penyiar itu, menurut laporan Anadolu.

Israel mendakwa organisasi berkenaan secara keseluruhan hanya menyalurkan kurang satu peratus daripada jumlah keseluruhan bantuan kemanusiaan sepanjang perang dan menegaskan keputusan itu tidak akan menjejaskan skala bantuan ke Gaza.

KAN turut melaporkan bahawa siasatan keselamatan Israel mendakwa penglibatan beberapa kakitangan Doctors Without Borders (Médecins Sans Frontières) dalam ‘aktiviti keganasan’, termasuk dakwaan bahawa pertubuhan itu gagal mendedahkan sepenuhnya maklumat berkaitan identiti serta peranan kakitangannya dalam dua kes utama.

Bagaimanapun, akhbar Israel Haaretz melaporkan bahawa keputusan Israel pada November lalu untuk membatalkan lesen organisasi bantuan antarabangsa didorong oleh faktor politik semata-mata.

Sebelum ini, Israel mengambil langkah serupa terhadap Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). Pada 2024, Knesset meluluskan undang-undang yang mengharamkan operasi agensi itu di Israel, susulan dakwaan penglibatan sebahagian kakitangannya dalam insiden 7 Oktober 2023, dakwaan yang dinafikan UNRWA.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan UNRWA mematuhi piawaian ketat berkaitan prinsip berkecuali.

Langkah terhadap UNRWA kemudiannya diperketatkan apabila pihak berkuasa Israel meluluskan undang-undang bagi memutuskan bekalan air dan elektrik ke kemudahan agensi berkenaan.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Bantuan tiket penerbangan RM500: Inisiatif MADANI ringankan beban lebih 7,000 pelajar baharu IPT

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX

Isu MA63 bukan tuntutan sepihak, ia ‘Waad Nasional’ – PMX