MIHA diumum sebagai calon BN bagi PRK DUN Lamag

KOTA KINABALU – Mohd Ismail Haji Ayob atau lebih dikenali sebagai MIHA diumumkan sebagai calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Lamag yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2026 depan.

Mohd Ismail sebelum ini juga bertanding di DUN Lamag sebagai calon bebas pada PRN17 Sabah yang baru sahaja diadakan pada 29 November lepas namun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, BN Sabah memilih untuk mengambil pendekatan calon perpaduan dalam menentukan calon bagi PRK DUN Lamag.

“Pendekatan ini selari dengan prinsip tadbir urus politik yang menekankan pengurangan konflik, pembinaan konsensus serta kestabilan sebagai asas kepada pentadbiran dan pembangunan jangka panjang negeri.

“Berteraskan pertimbangan tersebut, BN Sabah akan mencalonkan Mohd Ismail Haji Ayob sebagai calon perpaduan melalui kapasiti keahlian terus (direct membership) Barisan Nasional,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Media di Dewan Utama, Tingkat 2, Bangunanan UMNO Sabah, di sini pada Selasa.

Jelasnya, pencalonan ini merupakan strategi politik berasaskan institusi bagi memperkukuh kerjasama yang lebih menyeluruh, merapatkan jurang politik serta memastikan kesinambungan agenda pembangunan rakyat dapat dilaksanakan tanpa gangguan ketidaktentuan politik.

Tambahnya, BN Sabah berpandangan bahawa pengukuhan kedudukan parti di Kinabatangan bukan sekadar soal persaingan pilihan raya, sebaliknya satu keperluan strategik demi kestabilan politik negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Ia selaras dengan semangat Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan kemakmuran, kerjasama dan tadbir urus berasaskan konsensus,” ujarnya.

Related Posts

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

JELEBU – Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa menjadi sasaran pelbagai fitnah sepanjang tempoh berkempen termasuk dakwaan beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar jika Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

PUTRAJAYA – Keputusan kerajaan untuk mendedahkan laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) adalah langkah positif dan peluang berharga untuk memperkukuh kedudukan institusi kewangan Islam itu yang membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos