Faizal Azumu juga umum letak jawatan Pengerusi PN Perak

DATUK Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak berkuat kuasa Khamis, 1 Januari 2026.

Bekas Menteri Besar Perak merangkap bekas Menteri Belia dan Sukan itu memaklumkan keputusan berkenaan menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, pada Selasa.

Menurut Ahmad Faizal, peletakan jawatan tersebut dibuat sebagai menghormati kuasa prerogatif pelantikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sebelum ini turut mengumumkan peletakan jawatan.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan serta ahli-ahli parti komponen PN Perak atas kerjasama, sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan sepanjang saya menggalas amanah ini,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN menerusi satu pengumuman pada malam Isnin.

Susulan perkembangan itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan Pengerusi PN Selangor berkuat kuasa Khamis ini.

Sementara itu, di Johor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal, turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN negeri berkenaan.

Related Posts

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

UMNO digesa agar tidak mengheret institusi Raja dalam perbahasan mengenai rasuah dan integrity, tegas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin. Beliau berkata, kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

KANGAR – Seramai 90 ketua cawangan Bersatu Bahagian Kangar bersama sebahagian besar kepimpinan bahagian itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Pengunduran itu turut membabitkan Naib Ketua Bersatu Bahagian Kangar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3