Kerajaan Pahang kecewa telco gagal pulih gangguan liputan

KUANTAN – Kerajaan Pahang melahirkan kekesalan terhadap kegagalan syarikat telekomunikasi (telco) mengambil tindakan segera bagi memulihkan gangguan perkhidmatan komunikasi di Kampung Salang, Pulau Tioman yang dilaporkan terjejas sejak 17 Disember lalu.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, perkara itu bukan sahaja menimbulkan kesulitan kepada penduduk setempat, malah membangkitkan kebimbangan serius dalam situasi cuaca tidak menentu ketika ini.

Katanya, sikap pihak telco dilihat tidak serius menangani isu berkenaan walaupun menjanjikan komitmen untuk menyelesaikan sebarang masalah perkhidmatan komunikasi negeri ini dengan kadar segera sebelum ini.

“Berhubung perkara ini, saya turut menerima aduan daripada pemimpin setempat yang menyatakan kekecewaan, kerana sehingga kini pihak telco masih gagal mengambil tindakan sewajarnya untuk memulihkan semula perkhidmatan selular di Kampung Salang, Pulau Tioman.

“Apa yang lebih membimbangkan, cuaca yang tidak menentu pada masa kini yang sedang melanda beberapa daerah di Pahang termasuk di Rompin, berpotensi memburukkan lagi keadaan, apatah lagi baru-baru ini beberapa lokasi di Pulau Tioman turut dilanda banjir.

“Saya berasa kesal kerana pihak telco tidak mengambil tindakan pemulihan dan pembaikan dengan kadar segera sebaik sahaja berlakunya gangguan perkhidmatan selular ini,” katanya, lapor Pahang Media.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bagi megulas laporan media bertajuk ‘Kampung Salang Pulau Tioman Terputus Hubungan Dengan Dunia Luar’ disiarkan 17 Disember lalu.

Justeru, beliau menggesa Menteri Komunikasi serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap telco terlibat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tindakan ini penting bagi memastikan semua telco bertindak secara lebih bertanggungjawab dan serius dalam menangani isu gangguan perkhidmatan telekomunikasi, termasuk di Pulau Tioman, serta menyelesaikan segera segala permasalahan yang turut dihadapi oleh rakyat di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh Pahang,” katanya lagi.

Menurutnya, kepentingan dan kebajikan rakyat tidak wajar dipandang ringan, apatah lagi apabila melibatkan akses kepada komunikasi asas yang menjadi keperluan utama dalam aspek keselamatan, ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

Related Posts

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

KERJASAMA antara UMNO dan Pas dilihat masih berdepan jurang kepercayaan meskipun kedua-dua parti semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama politik menjelang pilihan raya akan datang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

KOTA BHARU – Orang ramai termasuk pempengaruh diingatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri berhubung isu komuniti Rohingya kerana perbuatan sedemikian dikhuatiri boleh mencetuskan provokasi serta menjejaskan keamanan negara. Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

UMNO-Pas masih berjarak meski bicara kerjasama – Penganalisis

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Polis ingatkan jangan ambil tindakan sendiri isu Rohingya

Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

  • By Ezmie
  • September 14, 2026
Marsha akui sukar beri markah, peserta mula hilang momentum

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Aspirasi Hari Malaysia: Generasi muda mahu kemakmuran negara, kilauan emas Olimpik

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Abdul Aziz dilantik Timbalan KPN baharu

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi

Polis siasat MB Negeri Sembilan dakwa dipaksa tandatangani Surat Cara Proklamasi