IPD Saratok tekankan aspek keselamatan, dadah dan ancaman ‘scammer’

SARATOK – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi Disember 2025 di Padang Kawad IPD Saratok, yang dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie bersama lapan pegawai kanan polis serta 71 pegawai rendah polis dan pegawai awam PDRM.

Dalam amanatnya, DSP Mathew menegaskan tiga fokus utama pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak, iaitu menurunkan indeks jenayah di Daerah Saratok, membanteras penyalahgunaan dadah secara menyeluruh serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman penipuan dalam talian atau scammer.

“Usaha membanteras jenayah dan dadah memerlukan komitmen berterusan, manakala kesedaran terhadap isu scammer pula perlu diperkukuh agar masyarakat tidak mudah terpedaya,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian dalam kalangan warga kerja IPD Saratok serta keluarga, di samping mempergiatkan pendekatan “community policing” bagi mendekati semua lapisan masyarakat di kawasan Saratok.

Menurutnya, penguatkuasaan, risikan dan kerjasama strategik bersama agensi berkaitan akan terus diperkukuh bagi memastikan keamanan dan keharmonian masyarakat setempat sentiasa terpelihara.

Pada majlis tersebut, Mathew turut menyampaikan lapan Sijil Penghargaan Datuk PJP Sarawak kepada warga IPD Saratok yang menunjukkan kualiti kerja serta kecemerlangan dalam melaksanakan tugasan.

Mengakhiri amanatnya, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Krismas dan Tahun Baharu 2026 kepada semua yang meraikannya, sambil menasihatkan orang ramai agar memaklumkan kepada PDRM atau balai polis berhampiran sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti, memastikan keselamatan kediaman serta sentiasa memandu dengan berhati-hati.

“Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan Saratok kekal aman dan sejahtera,” katanya.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya