Selamatkan Malaysia daripada hasutan keganasan, kebencian – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar sambutan Hari Kebangsaan 2024 dimanfaatkan sebagai permulaan untuk semua rakyat berpaut antara satu sama lain demi memartabatkan Malaysia menjadi negara yang hebat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia sebagai negara yang merdeka memiliki potensi yang hebat dan perkara itu mampu direalisasikan jika semua rakyatnya berpakat dan bersatu

“Apa kurangnya di negara kita, kesedaran, pencerahan, keupayaan menarik pelaburan, tingkat pendidikan harus diperbaiki untuk yang paling kaya kepada paling miskin.

“Jadi jangan pinggirkan sesiapa kerana semangat perpaduan sangat penting dan tidak boleh diremehkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, perpaduan amat penting dan tidak boleh diremehkan kerana dengan semangat itu mampu mengangkat darjat negara ke peringkat lebih tinggi.

Tegasnya, Malaysia ketika ini berada di landasan yang sangat baik dan mampu diangkat dengan lebih cemerlang.

“Kita beri nasihat, anjuran, desakan tapi saya nak guna kesempatan beri amaran bahawa negara ini di tapak landasan sangat baik.

“Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan dan kebencian permusuhan satu sama lain, saya tidak peduli media antarabangsa ke, tugas kita selamatkan negara Malaysia tercinta ini,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri mahu budaya baharu dimulakan dengan menoktahkan amalan keterlanjuran rasuah dan penyelewengan serta sikap khianat kepada negara.

Menurut beliau, pimpinan negara harus lebih bertanggungjawab, tidak mengizinkan amalan merompak kekayaan negara dan menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

“Apa erti kemerdekaan, setiap tahun ribuan anak beratur mengibarkan bendera keramat (Jalur Gemilang) menjerit ‘Merdeka’ tetapi jiwa dirasuk kerana kita mengizinkan dan sistem mengizinkan keterlanjuran yang berterusan.

“Kita belajar dari sejarah, buta sejarah, buta hati, buta perasan, buta ciri kemanusiaan akan menyebabkan negara ini menerima dendangan hasut, dengki, khianat, mengizinkan keterlanjuran rasuah dan penyelewengan, dan bila keadaan sampai ke tahap yang sudah parah dan rosak, tidak mungkin mudah diperbaiki lagi,” katanya.

Pada masa sama, Anwar menggesa semua rakyat untuk menerima kenyataan bahawa kemerdekaan negara dicapai kerana kekuatan dan kesepaduan rakyat.

“Walaupun berbeza pendapat dalam hal kecil, setiap rakyat mesti diberi perlindungan, ditunjuk kasih sayang dan diberikan pembelaan yang secukupnya,” katanya.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

CADANGAN kerajaan untuk melaksanakan sekatan akses akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun disifatkan sebagai langkah wajar dalam usaha melindungi golongan itu daripada pelbagai risiko di alam siber. Pengamal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri