PRK Kinabatangan, Lamag: 4 calon potensi disenarai UMNO Sabah

KOTA KINABALU – UMNO Sabah mengenal pasti empat calon berpotensi untuk dikemukakan kepada Presiden parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, perkara itu diputuskan selepas mengadakan sesi pertemuan bersama pimpinan akur umbi di Kinabatangan dan Lamag, bagi memberikan kemenangan besar terhadap kedua-dua kerusi tersebut.

“Saya sendiri, selaku yang menjalankan tugas Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan telah mengadakan pertemuan besama dengan Jawatakuasa Bahagian, Ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Lamag dan juga Ketua-ketua Cawangan bagi mendengar apa jua yang telah disuarakan di peringkat akar umbi.

“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa untuk diputuskan pada masa yang sesuai,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Sabah, pada Rabu.

Tambahnya, semua calon daripada empat orang tersebut adalah lelaki, muka baharu serta mampu mempertahankan kedua-dua kerusi tersebut.

“Kriteria seorang calon yang boleh membawa kemenangan dan seperti semua tahu, Kinabatangan merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Lamag pun kita menang tapi majoriti dia kurang sikit, Insya-Allah saya amat yakin kita akan buktikan Lamag akan ditingkatkan majoritinya,” ujarnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada 24 Januari 2026, dengan hari penamaan calon pada 10 Januari serta pengundian awal pada 20 Januari.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 5 Disember lalu.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi