ADUN Meradong umum geran MRP RM3,000, tingkat fasiliti SJKC Ming Tee

BINTANGOR – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Tee bakal menikmati kemudahan prasarana yang lebih moden menerusi pemasangan skrin LED di dewan sekolah di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 bagi menyokong aktiviti pembelajaran murid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, inisiatif tersebut mencerminkan usaha berterusan untuk meningkatkan kemudahan pendidikan selaras dengan keperluan semasa.

Menurut beliau, majlis penghargaan yang dilaksanakan bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada pencapaian murid, malah menjadi simbolik kepada usaha gigih, semangat kekitaan serta dedikasi yang ditunjukkan oleh pihak sekolah secara konsisten.

“Tahniah kepada pihak pentadbir sekolah khususnya guru besar dan para pendidik atas komitmen tinggi dalam membimbing murid serta memastikan kualiti pendidikan sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kejayaan murid juga tidak akan tercapai tanpa sokongan berterusan ibu bapa dan penjaga. Justeru, setinggi-tinggi penghargaan diberikan atas kerjasama erat dengan pihak sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum serta Graduasi Tahun 6 SJKC Ming Tee 2025 pada Selasa.

Kuong Hiing berkata, dalam mendepani era moden, murid perlu melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21 merangkumi aspek kreativiti, inovasi, komunikasi dan semangat kerja berpasukan.

Sehubungan itu, beliau menyatakan sokongan penuh terhadap usaha sekolah dalam memperkukuh pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Saya amat berbangga melihat penglibatan aktif murid dalam pertandingan berteraskan teknologi seperti robotik dan dron. Program sebegini bukan sahaja mencungkil bakat, malah membuka pendedahan awal terhadap dunia teknologi masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan sumbangan geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM3,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan sekolah bagi tahun 2026.

Selain itu, prasarana sekolah akan terus dipertingkatkan melalui pemasangan skrin LED di pentas Dewan SJKC Ming Tee di bawah peruntukan RTP 2026 bagi memudahkan penyampaian maklumat dan pelaksanaan aktiviti persekolahan.

Related Posts

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

SANDAKAN – Borneo Bird Run kembali menemui masyarakat selepas tujuh tahun berehat apabila edisi keempat acara berkenaan bakal berlangsung di Rainforest Discovery Centre (RDC), Sepilok, pada 8 November ini. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

MIRI – Seramai 155 pelajar daripada tiga buah sekolah menerima cermin mata secara percuma menerusi inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Miri dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat Des Optics.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka