City bangkit tewaskan Madrid

MANCHESTER City bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Real Madrid 2-1 pada aksi Liga Juara-Juara, sekali gus meletakkan kedudukan Xabi Alonso sebagai pengendali kelab gergasi Sepanyol itu di ambang bahaya.

Tanpa bintang utama yang cedera, Kylian Mbappe, Madrid membuka tirai jaringan menerusi Rodrygo Goes tetapi Nico O’Reilly serta penalti Erling Haaland memastikan City – kendalian Pep Guardiola – mendahului ketika rehat dan akhirnya menggenggam tiga mata.

Media Sepanyol melaporkan sebelum perlawanan kekalahan akan menamatkan tugas Alonso sebagai jurulatih Madrid, biarpun persembahan pasukannya terpuji meskipun keputusan muktamad mengecewakan penyokong di Bernabeu.

Juara Liga Juara-Juara 15 kali itu kini hanya menang dua daripada lapan perlawanan terakhir dalam semua pertandingan dan berdepan cabaran untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik fasa liga.

Madrid menyingkirkan City pada pusingan play-off Liga Juara-Juara pada Februari lalu, dengan Mbappe menjaringkan empat gol ketika menang agregat 6-3.

Related Posts

Anwar bayang pengumuman besar F1 Ahad ini, Sepang berpotensi kembali jadi tuan rumah

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkembangan lanjut mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan Formula Satu (F1) akan diumumkan pada Ahad ini. “Saya akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bonnie raih pingat pertama negara Sukan Komanwel

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menghadiahkan pingat pertama iaitu gangsa buat Malaysia pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 selepas meraih gangsa dalam acara powerlifting di SEC Armadillo, Glasgow, malam tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Dakwaan KJ tidak cerminkan realiti sebenar sokongan rakyat

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Fahmi sangkal PRU16 hujung tahun ini

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan