PDRM serah kepada Peguam Negara isu saman 100 juta

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengurus kes berkaitan saman RM100 juta yang difailkan Bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mengenai hal itu pihakya juga akan bekerjasama dengan Peguam Negara bagi mendapatkan afidavit.

“Apabila saman dibuat oleh plaintif, saya serahkan kepada pihak Peguam Negara untuk menguruskannya dan kita akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk mendapatkan afidavit,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun dengan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd Ali Tamby, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Bekas Ketua Staf Perisikan ESSCOM, Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Mat Zaki Md Zain bersama tiga anggota pasukan keselamatan itu memfailkan writ saman keseluruhan berjumlah RM100 juta terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sepuluh defendan lain.

Selain Datuk Mat Zaki, tiga anggota yang sebelum ini bertugas di unit perisikan itu turut bertindak selaku plaintif ialah Fabian Anak Rungan, Dennis Anak Enit dan Mohd Azlan Sakaran.

Semua plaintif memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini, melalui Tetuan Lincon & Company diketuai peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon pada Khamis 15 Ogos lalu dengan menamakan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts Dr Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara masing-masing dinamakan sebagai defendan kelima hingga kelapan.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta