17 PATI ditahan dalam 2 hari operasi Imigresen Sandakan

SANDAKAN – Seramai 17 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Imigresen Sandakan pada 1 hingga 2 Disember lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada Rabu, operasi dua hari tersebut dilaksanakan hasil aduan awam serta risikan melibatkan 10 pegawai penguat kuasa Imigresen selama lebih seminggu di beberapa lokasi berasingan sekitar daerah Sandakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap 58 individu, seramai 17 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Daripada jumlah itu, mereka adalah warga Filipina dan Indonesia,” menurut kenyataan itu di sini pada Rabu.

Kesemua individu yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah dan kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Selain itu, dua borang saman bagi saksi turut dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan.

JIM menjelaskan operasi berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan jabatan untuk membanteras kehadiran PATI di daerah Sandakan.

“JIM menyeru kerjasama masyarakat agar terus menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI di kawasan masing-masing.

Tambah kenyataan itu lagi, pihak Imigresen Sabah tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang, khususnya melibatkan isu keselamatan,” jelas kenyataan itu.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff