Kabinet: Tiada rombakan besar, tumpu lantik pengganti jawatan kosong – PM Anwar

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa rombakan Kabinet yang sedang dipertimbangkan tidak melibatkan perubahan besar, sebaliknya hanya bagi mengisi beberapa kekosongan portfolio yang perlu dilengkapkan segera.

Anwar berkata, langkah itu mengambil kira baki tempoh pentadbiran Kabinet sedia ada yang hanya berbaki kira-kira satu setengah tahun sebelum penggal berakhir.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

“Bagaimanapun, saya sedang merenung apakah langkah yan harus diambil tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan model kenderaan elektrik (EV) pertama keluaran PERODUA, QV-E, di sini, hari ini.

Mulai esok, empat portfolio Menteri akan menjadi kosong, merangkumi jawatan Menteri Ekonomi susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli; Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berikutan peletakan jawatan Datuk Ewon Benedick pada 8 November lalu.

Jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pula dijangka kosong apabila tempoh sebagai Senator bagi Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berakhir esok.

Selain Tengku Zafrul, tiga lagi Ahli Jemaah Menteri turut akan menamatkan penggal pertama sebagai Senator, iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Related Posts

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

KUANTAN – Larangan menghina sahabat Nabi SAW adalah jelas seperti dinyatakan dalam hadis sahih. Perbuatan seumpama itu tidak boleh hanya boleh diselesaikan dengan permohonan maaf semata-mata, bahkan tindakan tegas mengikut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mencadangkan agar Pakatan Harapan di Negeri Sembilan turut mengambil pendekatan agresif dengan bertanding di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

Mohon maaf tidak memadai, umat Islam perlu tunjuk solidariti kes hina sahabat Nabi SAW

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

PKR Sabah nafi siaran langsung di sosial medianya wakili pendirian rasmi negeri

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

Bas sekolah disita bawa penumpang ke majlis pengebumian

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

AMANAH pertahan Islam Rahmatan Lil Alamin, tolak politik kebencian – Mat Sabu

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Pantang larang untuk mereka yang melakukan ibadah korban

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN

Anthony cadang PH Negeri Sembilan tanding semua 36 kerusi DUN