Mahasiswa UNIMAP turun padang bantu komuniti terjejas banjir

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menggerakkan lebih 100 mahasiswanya dalam misi membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Sheikh Ahmad yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda negeri itu sejak seminggu lalu.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli berkata, penyertaan mahasiswa terbabit merangkumi Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Penghuni Kolej Kediaman, kelab dan persatuan serta pasukan beruniform.

“Banjir kali ini tingginya hingga mencecah paras dada di beberapa bilik darjah.

“Semua perabot dan peralatan sekolah yang rosak teruk perlu dikeluarkan segera bagi memudahkan proses pemulihan,” katanya.

Menurutnya, mahasiswa bukan sahaja membantu membersihkan sekolah malah turut digerakkan ke lebih 70 kediaman staf UNIMAP yang terjejas banjir.

“Kami juga menyediakan sumbangan kecemasan kepada staf dan pelajar serta membuka pusat perpindahan sementara di Dewan Serbaguna Kubang Gajah dan Dewan Ilmu Pauh Putra,” ujarnya.

Pengetua SMK Dato’ Sheikh Ahmad, Adilah Muhammad Nor berkata, banjir naik mendadak pada Isnin sehingga memaksa pelajar dan guru dipindahkan secara berperingkat.

“Hampir keseluruhan blok bawah sekolah musnah termasuk makmal komputer, makmal sains, aset-aset elektronik dan perabot pelajar,” katanya.

Katanya lagi, pihak sekolah amat berterima kasih kepada UNIMAP, politeknik dan badan bukan kerajaan lain yang turun membantu serta berharap bantuan Kementerian Pendidikan dapat dipercepatkan selepas proses penilaian kerosakan selesai.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan