DATUK Abdul Halim Hamzah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang berkata, Abdul Halim, 54, memiliki pengalaman luas selama lebih 30 tahun dalam sektor awam akan terus menabur bakti di Kementerian Komunikasi.
“Dengan pengalaman yang luas serta mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang, saya yakin beliau akan memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan dan terus menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Halim yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Kewangan & Pembangunan) di Jabatan Perdana Menteri akan menggantikan Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa.






