PRK Sg Bakap: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi hari ini

SEBANYAK sembilan pusat pengundian melibatkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Pusat pengundian tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Boon Beng, SMK Bandar Tasek Mutiara, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, SK Sungai Duri, SMK Tun Syed Sheh Barakbah, SK Sungai Bakap, SK Jawi dan SK Sungai Kechil.

Kesemua pusat mengundi berkenaan akan ditutup pada 6 petang ini, sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di Nibong Tebal.

Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu, lapor Bernama.

Pada PRK kali ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menugaskan seramai 552 petugas, sementara 800 pegawai dan anggota polis akan bertugas mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman awam bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Hanya Abidin akan mengundi hari ini di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri memandangkan Joohari merupakan pengundi di DUN Sungai Acheh, iaitu satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal selain Sungai Bakap dan Jawi.
Secara keseluruhan 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis.

Bagaimanapun, PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lepas, selepas SPR mengeluarkan 128 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas Nor Zamri, yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Related Posts

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

KUCHING – Penglibatan pemimpin muda yang membawa idea segar dan pendekatan baharu perlu terus diperkukuh bagi memastikan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) kekal relevan dalam memperjuangkan pembangunan generasi muda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

MUKAH – Keunikan budaya Melanau dan Jawa menjadi tarikan utama Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 yang julung kali dianjurkan di Mukah selama lima hari bermula 21 hingga 25 Oktober ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok