Masjid nafi tolak program Warisan kerana tekanan, mahu elak jadi gelanggang politik

PETAGAS – Dakwaan Parti Warisan (Warisan) bahawa program anjuran parti itu dibatalkan oleh pihak sebuah masjid, di sini kerana menerima ancaman daripada pemimpin tempatan dalam kerajaan adalah fitnah.

Kariah masjid itu yang dikenali sebagai Samad mendedahkan, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas kerana keputusan menolak program itu dibuat sepenuhnya atas pertimbangan dalaman dan bukan tekanan politik.

Beliau menjelaskan, pihak masjid bertindak sedemikian kerana mahu menjaga kesucian institusi itu daripada dicemari unsur politik kepartian yang boleh mengganggu keharmonian jemaah.

“Pihak masjid menolak menerima program daripada Warisan disebabkan mahu memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.

“Kita mahu memastikan penceramah, pengkuliah dan tenaga pengajar serta khatib solat Jumaat yang dijemput mempunyai tauliah atau kelulusan daripada jabatan agama kerajaan negeri,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Khamis.

Mengulas lanjut, Samad memaklumkan, prinsip tersebut sudah lama diamalkan bagi memastikan masjid kekal sebagai pusat ibadah, pendidikan dan perpaduan, bukannya medan mempromosikan ideologi politik.

Beliau berpandangan, ahli politik juga tidak wajar menggunakan masjid sebagai ruang membina pengaruh atau meraih sokongan kerana tindakan itu boleh menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan jemaah.

“Kita tidak mahu wujud keraguan dalam kalangan masyarakat. Itu sebabnya kita amat berhati-hati memilih mereka yang mengisi slot ceramah atau kuliah.

“Tanggungjawab kita adalah menjaga keharmonian. Sebab itu kita berharap ahli politik lebih sensitif dan tidak menimbulkan kekeliruan dalam menarik hati rakyat,” tegasnya.

Tambah Samad, larangan terbabit bukan hanya terpakai kepada Warisan, sebaliknya melibatkan semua parti politik tanpa mengira kerajaan atau pembangkang.

“Kita memang tidak membenarkan mana-mana parti mengadakan program di masjid. Sudah lama kita memberi mandat kepada golongan profesional untuk mentadbir masjid demi mengelakkan ia menjadi ‘gelanggang’ politik,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff