Perkhidmatan Awam Sarawak terus diperkasa, semarak Transformasi Menuju 2030 – Setiausaha Kerajaan Sarawak

KUCHING – Sarawak terus memperkukuh barisan pentadbiran negeri dengan memberi penekanan kepada budaya kerja berprestasi tinggi, inovasi dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat, selari dengan aspirasi menjadi wilayah maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, perkhidmatan awam Sarawak telah terbukti cekap, inovatif dan berdaya saing meskipun negara dan dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Menurut beliau, peranan penjawat awam bukan sahaja melaksanakan dasar dan program kerajaan, tetapi menjadi penggerak utama kepada transformasi pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 dan strategi pasca pandemik negeri. 

“Sebagai tonggak pentadbiran kerajaan, penjawat awam bertanggungjawab memastikan setiap inisiatif diterjemahkan kepada kesan nyata kepada rakyat. Kita bukan sekadar menyampaikan perkhidmatan, tetapi membentuk masa depan Sarawak,” katanya ketika berucap pada Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Sarawak 2025 di BCCK pada Khamis.  

Beliau berkata, pendekatan 3R iaitu ‘Revisit, Rethink dan Recharge’ yang menjadi kerangka utama untuk memperkukuh struktur perkhidmatan, memodenkan sistem dan meningkatkan produktiviti penyampaian perkhidmatan kerajaan. 

“Kita mesti berani menilai semula cara bekerja, memperbaiki proses yang tidak relevan serta memastikan strategi yang dilaksanakan benar-benar berfokus kepada keperluan rakyat,” ujarnya. 

Selain memacu inovasi digital dalam pentadbiran negeri, ujar beliau, peranan penjawat awam luar bandar turut diangkat sebagai kisah kejayaan yang wajar diketengahkan. 

“Mereka sanggup meredah sungai dan jalan balak semata-mata untuk memastikan bantuan kerajaan sampai ke kawasan paling terpencil. 

“Sarawak mempunyai ribuan kisah pengorbanan yang mencerminkan dedikasi luar biasa penjawat awam di semua peringkat. Mereka inilah sebenarnya wira pembangunan negeri,” jelasnya. 

Dalam majlis sama, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut melancarkan Buku Prinsip 3R Perkhidmatan Awam Sarawak sebagai panduan pemantapan budaya kerja berprestasi tinggi dalam kalangan penjawat awam negeri. 

Beliau menyeru seluruh penjawat awam agar terus memacu transformasi melalui tindakan yang konsisten dan berpaksikan kepentingan rakyat.

“Zaman telah berubah, maka cara kita bekerja juga mesti berubah. Kita bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan Sarawak kekal maju, makmur dan inklusif,” katanya. 

Related Posts

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

BATU PAHAT – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil hari ini menyantuni masyarakat setempat menerusi Program JIWA@Komuniti MADANI: Sembang Santai Edisi Goreng Pisang Panas yang berlangsung di Gerai Setara, Taman Banang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

MUAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Faiz Fadzil berkata, seramai 157 nelayan Maharani di bawah seliaan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Muar menerima sumbangan tong ikan berinsulasi bernilai RM47,000…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi