Abdul Said komited sedia pendidikan percuma untuk keluarga B40 di Gum-Gum

SANDAKAN – Calon PH bagi DUN Gum-Gum menyatakan komitmennya untuk menyediakan akses pendidikan percuma dan berkala kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah kali ini.

Abdul Said Pimping berkata, keutamaan itu akan diberikan khusus kepada golongan B40 yang tinggal di kampung-kampung sekitar kawasan Gum-Gum.

“Seperti yang saya katakan tadi, jika kita diberi mandat, saya akan cuba memberi pendidikan secara percuma dan berkala kepada anak-anak.

“Kita akan usahakan kerana pada saya, pendidikan itu sangat penting.

“Setakat ini, kita memang utamakan golongan B40 di kampung-kampung yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Wayang Pacak anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berlangsung di Kg Gum-Gum, di sini pada malam Sabtu.

Mengulas program tersebut, Abdul Said menyifatkan pendekatan sedemikian sebagai peluang terbaik untuk mendekati golongan belia dan masyarakat setempat.

“Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada FINAS yang menganjurkan program malam ini.

“Ini adalah program daripada agensi kerajaan, dan kehadiran saya adalah untuk menyantuni golongan muda, belia serta masyarakat di sini,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa usaha turun padang akan diteruskan sepanjang tempoh berkempen.

“Insya-Allah, kita akan teruskan usaha dan kerja-kerja kita pada esok hari dan seterusnya,” katanya.

Related Posts

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

KOTA ISKANDAR – Proses menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 kini memasuki fasa seterusnya apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengesahkan surat pemasyhuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat