Debaran menjelang pertarungan Makhachev-Maddalena

ISLAM Makhachev bersedia menulis bab baharu dalam kariernya apabila melangkah ke divisyen welterweight untuk mencabar juara bertahan, Jack Della Maddalena dalam pertarungan utama UFC 322 di Madison Square Garden, New York pada hujung minggu ini.

Biarpun berdepan lawan yang lebih besar, bekas juara lightweight itu menegaskan peralihan ke kelas baharu bukan halangan buatnya menyaingi kekuatan fizikal Maddalena.

“Sewaktu saya bersemuka dengan Jack, saya nampak kami sama besar. Saya tidak rasa kecil untuk welterweight.

“Saya ikut program pemakanan dan latihan dengan baik, naikkan berat badan dan kini saya sudah bersedia,” katanya.

Namun di sebalik keyakinan itu, Islam mengakui persiapan kali ini antara yang paling mencabar.

“Terus terang, ini kem latihan paling sukar dalam hidup saya. Saya mula berlatih tiga bulan lebih awal dan melalui sesi yang amat intensif,” ujarnya.

Beberapa pemerhati menjangka Islam bakal berdepan kesukaran jika gagal melakukan takedown terhadap Maddalena, namun petarung kelahiran Dagestan itu menolak tanggapan bahawa kekuatannya hanya terletak pada aspek gusti.

“Saya mahu orang tahu saya mampu bertarung dalam semua aspek, berdiri mahupun di lantai.

“Saya pernah berdepan Dustin Poirier dan Alexander Volkanovski dalam pertarungan berdiri.

“Jika lawan berjaya menangkis cubaan gusti saya, saya akan terus menekan dan mencari peluang untuk menjatuhkannya. Ini pertarungan MMA… Gabungan segala elemen,” kata Islam.

Selain mahu membuktikan keupayaan dalam dua kelas berbeza, Islam juga sedar sejarah menantinya jika berjaya menundukkan Maddalena.

“Jika menang, saya akan menjadi petarung ke-11 yang menjuarai dua divisyen di UFC.

“Ia satu impian dan pencapaian yang amat bermakna,” katanya.

Related Posts

RM7.05 juta diperuntuk naik taraf kemudahan sukan Stadium Negeri Sarawak

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad KUCHING – Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM7.05 juta bagi memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JDT tutup saingan Liga Super penuh gaya, kalahkan TRW 14-1

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak negara apabila membelasah Kelantan The Real Warriors (TRW) 14-1 pada aksi terakhir Liga Super 2025/2026 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu