Curi kabel, empat lelaki berjaya diberkas

TAIPING – Empat lelaki ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di Jalan Kamunting–Batu Kurau, berhampiran Kolej Vokasional Taiping, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, suspek berusia antara 38 hingga 41 tahun itu dicekup selepas polis menerima maklumat orang awam mengenai kehadiran beberapa lelaki mencurigakan sekitar jam 1.50 pagi.

Menurutnya, saksi memaklumkan suspek dilihat membuka penutup lubang kabel di tepi jalan sebelum pasukan peronda dikerahkan ke lokasi.

“Polis yang tiba tidak lama kemudian berjaya menahan empat lelaki di lokasi dan merampas peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Antara barangan yang dirampas ialah peralatan membuka penutup lubang kabel, dua bilah parang, dua pemutar skru serta sebuah Perodua Myvi yang digunakan suspek.

Mohamad Nasir berkata, kesemua suspek direman tiga hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seorang remaja yang menyalurkan maklumat awal sehingga membawa kepada penahanan suspek.

“Polis menyeru penduduk Taiping agar terus menyalurkan maklumat bagi membantu mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Related Posts

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

KUKUP – Calon Pakatan Harapan (PH), Cheah Chee Hong, mendesak tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah capaian internet yang disifatkan sebagai kritikal di beberapa kawasan dalam DUN Kukup selepas hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

PADANG BESAR – Polis Perlis menahan 11 tekong dan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi lapan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sepanjang tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah