Lelaki ditahan miliki syabu di ladang sawit

KABONG – Operasi Op Tapis Khas yang digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJD) IPD Saratok membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan di Ladang Sawit Empayang, Kabong pada Jumaat.

Operasi yang bermula 9 pagi hingga 11 malam itu dilaksanakan oleh Pasukan Task Force Khas diketuai Inspektor Henry selepas menerima maklumat mengenai aktiviti pengedaran dadah di kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Maggie, pemeriksaan dilakukan terhadap seorang lelaki Iban yang didapati berada dalam keadaan mencurigakan di lokasi operasi.

“Pemeriksaan anggota kami menemukan dua paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu yang disimpan dalam beg duit di poket kanan seluar suspek. Keseluruhan rampasan dianggarkan seberat 0.7 gram,” jelasnya.

Suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk ujian saringan air kencing, yang turut mengesahkan positif Amphetamine dan Methamphetamine. Semakan polis juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mathew menegaskan tangkapan tersebut membuktikan keberkesanan pelaksanaan Op Tapis Khas di daerah berkenaan.

“Polis akan terus mempergiat operasi bagi mengekang penyalahgunaan dan pengedaran dadah, khususnya di kawasan luar bandar seperti Kabong dan Saratok,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Foto: IPD Saratok

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang