Debaran menjelang pertarungan Makhachev-Maddalena

ISLAM Makhachev bersedia menulis bab baharu dalam kariernya apabila melangkah ke divisyen welterweight untuk mencabar juara bertahan, Jack Della Maddalena dalam pertarungan utama UFC 322 di Madison Square Garden, New York pada hujung minggu ini.

Biarpun berdepan lawan yang lebih besar, bekas juara lightweight itu menegaskan peralihan ke kelas baharu bukan halangan buatnya menyaingi kekuatan fizikal Maddalena.

“Sewaktu saya bersemuka dengan Jack, saya nampak kami sama besar. Saya tidak rasa kecil untuk welterweight.

“Saya ikut program pemakanan dan latihan dengan baik, naikkan berat badan dan kini saya sudah bersedia,” katanya.

Namun di sebalik keyakinan itu, Islam mengakui persiapan kali ini antara yang paling mencabar.

“Terus terang, ini kem latihan paling sukar dalam hidup saya. Saya mula berlatih tiga bulan lebih awal dan melalui sesi yang amat intensif,” ujarnya.

Beberapa pemerhati menjangka Islam bakal berdepan kesukaran jika gagal melakukan takedown terhadap Maddalena, namun petarung kelahiran Dagestan itu menolak tanggapan bahawa kekuatannya hanya terletak pada aspek gusti.

“Saya mahu orang tahu saya mampu bertarung dalam semua aspek, berdiri mahupun di lantai.

“Saya pernah berdepan Dustin Poirier dan Alexander Volkanovski dalam pertarungan berdiri.

“Jika lawan berjaya menangkis cubaan gusti saya, saya akan terus menekan dan mencari peluang untuk menjatuhkannya. Ini pertarungan MMA… Gabungan segala elemen,” kata Islam.

Selain mahu membuktikan keupayaan dalam dua kelas berbeza, Islam juga sedar sejarah menantinya jika berjaya menundukkan Maddalena.

“Jika menang, saya akan menjadi petarung ke-11 yang menjuarai dua divisyen di UFC.

“Ia satu impian dan pencapaian yang amat bermakna,” katanya.

Related Posts

City terpaksa berhempas pulas sebelum menumbangkan Brentford 3-0

MANCHESTER City terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam persaingan dua penjuru untuk perebutan trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. Man City bergelut untuk mendapatkan gol pada separuh masa pertama apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

SEPAKAN percuma pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez memastikan pasukannya seri 1-1 menentang Liverpool di Anfield, sekali gus menamatkan rentetan enam kekalahan berturut-turut pelawat dalam Liga Perdana Inggeris. Keputusan itu turut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh

Kerajaan desa perlu diiktiraf sebagai peringkat pentadbiran keempat – Salleh