Suami bisik kalimah syahadah sebelum isteri meninggal dunia

KLUANG – Hayat terakhir seorang wanita disaksikan sendiri oleh suaminya yang dikatakan turut melalui jalan berkenaan sebelum melihat kemalangan membabitkan kenderaan isterinya.

Berkongsi kejadian itu, seorang saksi yang enggan dikenali berkata, mangsa bertugas sebagai Guru Penolong Kanan 1 dalam perjalanan ke Sekolah Agama Bandar Renggam di sini, untuk mengajar.

Bagaimanapun, mangsa ditimpa kemalangan ketika berada di kilometer (KM) 80, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, petang semalam.

Suami mangsa yang kebetulan melalui jalan tersebut segera mendekati isterinya dan membisikkan kalimah syahadah sebelum wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian 1.16 tengah hari semalam, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa Fauziah Selamat, 46, maut akibat parah di badan dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dari arah Johor Bahru menghala ke Ayer Hitam manakala lori jenis Hino dari arah bertentangan.

“Tiba di tempat kejadian, ustazah berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan di laluan lori dan bertembung.

“Akibat kemalangan, pemandu HRV meninggal dunia manakala pemandu lori berusia 36 tahun cedera,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Maznan Muhamad berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dan Ayer Hitam bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Pemandu kereta tersepit di bahagian pemandu depan dan dikeluarkan oleh pihak bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Sementara itu tular di media sosial, gambar dan video termasuk saat Allahyarham dibisikkan dua kalimah syahadah oleh orang awam ketika tersepit di tempat duduknya.

Related Posts

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

KANGAR – Kerajaan negeri memaklumkan perjanjian projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) melalui syarikat konsesi telah ditandatangani semasa pentadbiran Menteri Besar terdahulu, Mohd. Shukri Ramli. Menteri Besar, Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi. Wakil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Langkah baharu bakal diperkenal bantu golongan sukar dapat pekerjaan – PM

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerajaan tambah RM5 bilion kemudahan SJPP bantu PMKS hadapi krisis Asia Barat

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM

Kerjasama institusi kewangan perkukuh daya tahan ekonomi negara – PM