PKR Sabah anggap perselisihan BN-PH di Sipitang bukan krisis

SIPITANG – PKR Sabah menyifatkan perselisihan kecil antara jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di beberapa kawasan sebagai sesuatu yang sudah dijangka khususnya dalam kerjasama politik baharu di bawah Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ketua AMK Sipitang, Ian Brian Francis, situasi di Sipitang tidak wajar digambarkan sebagai krisis namun sebaliknya proses pelarasan yang lazim berlaku apabila dua gabungan besar mula berkongsi ruang politik.

“Apa yang berlaku di Sipitang bukan krisis tapi ini proses pemurnian supaya kerangka kerjasama PH-BN dapat berfungsi dengan lebih matang dan tersusun.

“Kita menghormati keputusan UMNO Sipitang yang berpandukan perlembagaan parti itu, namun yakin sebarang pergeseran boleh diselesaikan melalui rundingan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Katanya, keutamaan PKR ketika ini ialah memastikan kemenangan calon yang mewakili Perdana Menteri di Dewan Undangan (DU) Sabah.

“PKR Sabah kekal komited mempertahankan kerjasama Kerajaan MADANI sebagai tunjang kestabilan negeri.

“Kami percaya kematangan politik akan mengatasi pergeseran jangka pendek,” ujarnya.

Related Posts

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

SHAH ALAM – Tiada parti politik yang meletakkan agenda menggulingkan Raja sebagai sebahagian daripada manifesto ketika meminta mandat rakyat pada pilihan raya negeri (PRN). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan laporan awal berkaitan pengurusan dan tatakelola Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan didedahkan kepada umum minggu depan. Anwar berkata, pendedahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Gerbang Kemenangan jadi Kompleks Ketenteraan – Trump

Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Penambahbaikan kelayakan BUDI Diesel tepati realiti Sabah, Sarawak

Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

  • By Ezmie
  • September 21, 2026
Pengurusan sisa perlu ikut realiti daerah di Sabah

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Permudah lesen spa, tapi jangan buka ruang rasuah – Hannah Yeoh

Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

  • By Fatin
  • September 21, 2026
Lelaki ditahan disyaki ceroboh, cabul warga China

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham