
KOTA KINABALU – GRS hari ini melengkapkan senarai penuh 55 calon bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan ke-17 (PRU17) Sabah, sekali gus mengesahkan barisan akhir yang akan membawa cabaran.
Pengerusi GRS, Hajiji Noor berkata, pengumuman empat lagi calon baharu menandakan kesiapsiagaan penuh gabungan menghadapi pilihan raya umum Sabah,
“Empat calon berkenaan ialah Dr Bonaventure Boniface (N14 Tamparuli), Rafie Robert Tawik (N40 Bingkor), Samsiah Usman (N70 Kukusan) dan Hassan A Gani Pg Amir (N73 Sebatik).
“Semua calon ini membawa latar belakang, bakat dan pengalaman yang pelbagai.
“Saya yakin mereka berupaya untuk memenangi pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Hari Sukan dan Sambutan Hari Keluarga UPPM Parlimen 170 Tuaran di Dewan Sri Sulaman, di sini pada Khamis.
Terdahulu, pada Rabu Hajiji telah mengumumkan senarai awal 51 calon GRS, termasuk 35 peratus muka baharu dengan tumpuan kepada calon muda serta pelbagai latar belakang.
Hajiji menyeru penyokong GRS agar kekal bersatu untuk memastikan kemenangan bagi mendapatkan semula mandat mentadbir negeri.





