UPKO keluar PH serta-merta

KOTA KINABALU – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) berkuat kuasa serta-merta selepas menilai semula hala tuju perjuangan parti berasaskan agenda Sabah First.

Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson W Angang berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UPKO yang diadakan bagi membincangkan hala tuju baharu parti berasaskan semangat dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, mesyuarat khas itu turut menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick, yang meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) susulan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam prosiding Semakan Kehakiman berkaitan hak 40 peratus hasil Sabah.

“Sepanjang tempoh empat tahun bersama PH, UPKO telah menjadikan agenda Sabah First sebagai asas dalam rundingan manifesto pilihan raya serta perbincangan pentadbiran dalam Kerajaan Perpaduan yang diketuai Pengerusi PH.

“Namun, sepanjang tempoh itu berlaku jurang tafsiran dan perbezaan pendirian antara UPKO dan parti-parti komponen PH di peringkat nasional berhubung tuntutan pelaksanaan hak 40 peratus hasil Sabah, tuntutan satu pertiga kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak serta isu autonomi pentadbiran PH Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Nelson berkata, isu kepengerusian PH Sabah yang diputuskan melalui Mesyuarat Agung PH negeri turut menimbulkan ketegangan apabila keputusan itu dibantah oleh PKR Sabah dan tidak diselesaikan oleh Majlis Presiden PH.

“Malah, walaupun UPKO dipilih melalui pemilihan rasmi yang dikendalikan pentadbir dari Ibu Pejabat PH, Presiden UPKO hanya dilantik sebagai ‘penyelaras’ (coordinator), manakala keputusan berkaitan persiapan pilihan raya masih diputuskan oleh PKR tanpa memberi autonomi sebenar kepada PH Sabah,” jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, UPKO menilai semula hala tuju perjuangan dan menyimpulkan bahawa hanya parti-parti tempatan Sabah benar-benar memahami denyut nadi, jiwa serta impian rakyat negeri ini berdasarkan MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

“UPKO kekal dengan pendirian bahawa hak 40 peratus hasil Sabah adalah berasingan daripada tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di bawah Senarai Persekutuan,” katanya.

Nelson berkata, UPKO kini bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti tempatan Sabah yang mahu memperjuangkan pelaksanaan sebenar MA63 secara bersama, termasuk hak 40 peratus yang menjadi tumpuan utama perjuangan parti itu.

“UPKO juga berpendirian bahawa hubungan baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mesti dijayakan berasaskan semangat, tujuan serta pelaksanaan sebenar MA63,” katanya.

Katanya lagi, keputusan untuk keluar daripada PH dibuat selepas mengambil kira penyertaan selama empat tahun dalam gabungan itu dan seruan rakyat Sabah agar penyatuan parti-parti tempatan dimulakan melalui pilihan raya kali ini.

Dua Ahli Parlimen UPKO, Datuk Ewon Benedick dan Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kestabilan Kerajaan Persekutuan dikekalkan sehingga akhir penggal ini.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula