Dasar Malaysia MADANI bawa manfaat langsung kepada rakyat Sabah

SANDAKAN – Dasar Malaysia MADANI yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa perubahan ketara kepada kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah.

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu@Abd Wahad berkata, JKOM berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat bagi menjelaskan dasar serta inisiatif yang dilaksanakan di bawah gagasan Malaysia MADANI.

“Ramai rakyat, khususnya di Sabah, masih tertanya-tanya apa itu MADANI.

“Apa yang mereka nampak hari ini ialah bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan Jualan Rahmah.

“Semua ini adalah hasil pelaksanaan dasar MADANI yang tidak pernah dibuat oleh kerajaan-kerajaan terdahulu,” katanya ketika berucap pada Program Rapat-Rapat Bah bersama-sama Komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Muhibbah, di sini pada Selasa.

Milus berkata, keprihatinan kerajaan terhadap Sabah jelas dilihat dalam pembentangan Belanjawan 2026 yang memperuntukkan RM6.9 bilion untuk pembangunan negeri itu, selain tambahan RM1.2 bilion bagi menyelesaikan isu asas seperti jalan raya, air, elektrik dan internet (JALI).

“Empat keperluan ini sangat penting untuk kesejahteraan rakyat Sabah.

“Kita mahu pastikan semua perancangan kerajaan benar-benar sampai kepada rakyat,” ujarnya.

Beliau turut mengakui bahawa beberapa kawasan seperti di Gum-Gum, Sungai (Sg), Manila, Batu 5 hingga Batu 10, masih berdepan masalah infrastruktur seperti jalan rosak, bekalan elektrik tidak stabil dan capaian internet lemah.

“Masalah ini telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Menteri juga telah berjanji untuk memastikan 85 peratus kawasan di Sabah mendapat capaian internet menjelang tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Milus turut menegaskan bahawa isu sosial dan ekonomi rakyat turut diberi perhatian kerajaan, terutama golongan nelayan, petani, penjaja kecil serta belia menganggur.

“Ramai belia di Sabah berhijrah ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan.

“Kerajaan sedang berusaha menangani perkara ini agar peluang pekerjaan dapat diwujudkan di negeri sendiri,” jelasnya.

Menurut Milus, dasar Malaysia MADANI berteraskan enam prinsip utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan, menjadi panduan dalam membina negara yang inklusif dan sejahtera.

“Kita harap rakyat terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang ada hari ini kerana hanya dengan kestabilan, pembangunan dan kesejahteraan rakyat dapat diteruskan,” katanya.

Related Posts

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menggesa siasatan berhubung kemalangan maut di Simpang Renggam, Johor yang meragut lima nyawa disegerakan supaya tindakan pendakwaan dapat diambil terhadap pihak yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) sedang meneliti senarai calon yang dikemukakan Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum keputusan muktamad dibuat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow