Pesta Kanowit semarak semangat perpaduan dan kebersamaan rakyat

KANOWIT – Pesta Kanowit 2025 menyerlahkan semangat kebersamaan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum apabila ia bukan sekadar acara kebudayaan, tetapi menjadi wadah memupuk perpaduan, memperkukuh nilai kekitaan serta memperkenalkan daerah itu sebagai destinasi pelancongan luar bandar yang berpotensi.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang berkata, semangat perpaduan tidak seharusnya hanya menjadi slogan, sebaliknya perlu diterapkan dalam kehidupan seharian melalui amalan saling memahami, menghormati dan meraikan kepelbagaian.

“Pesta ini mewujudkan ekosistem perpaduan melalui penyertaan pelbagai kaum dari rumah panjang, Pekan Kanowit dan daerah lain termasuk Sibu serta Kuching, selain penglibatan peserta luar seperti Brunei.

“Ia mencerminkan semangat kebersamaan sebenar yang menjadi kekuatan masyarakat majmuk kita,” katanya ketika merasmikan Majlis Penangguhan Pesta Kanowit 2025 di Tebingan Sungai Kanowit pada Ahad.

Menurut Aaron, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) kini memberi tumpuan kepada aspirasi pembinaan negara bangsa sebagai pendekatan baharu dalam memperkukuh keharmonian rakyat serta membina generasi yang bangga dengan identiti nasional.

Selain memperkukuh semangat perpaduan, Pesta Kanowit turut berperanan sebagai platform mempromosikan daerah itu sebagai destinasi pelancongan luar bandar, selaras dengan slogannya ‘Where Memories Are Made’ yang menggambarkan pengalaman bermakna kepada setiap pengunjung.

Pesta yang berlangsung sejak 18 Oktober lalu itu dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik termasuk Kanowit RC Boat Race Challenge, Kanowit Power Race, Unity Walk, perarakan gagong dan gendang pampat, pameran agensi kerajaan serta pemilihan Ratu Pesta Kanowit.

Dalam pada itu, Aaron mendedahkan Pesta Kanowit bakal dijadikan model pelaksanaan mini Minggu Perpaduan Negara di Sarawak, sebagai langkah memperkukuh keharmonian masyarakat setempat.

“Pendekatan ini membolehkan lebih banyak aktiviti berteraskan patriotisme dan semangat kekitaan dianjurkan melalui kerjasama kementerian, agensi kerajaan serta komuniti tempatan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan cadangan sedang dipertimbangkan bagi menjadikan Pesta Kanowit sebagai tuan rumah Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Sarawak tahun hadapan.

“Mulai tahun depan, Sambutan Minggu Perpaduan Nasional mungkin dianjurkan mengikut zon bagi mengelak kekangan tenaga kerja dan peruntukan jika dilaksanakan serentak di semua negeri,” katanya.

Aaron menjelaskan Minggu Perpaduan Negara, yang mula diperkenalkan pada 2023, merupakan antara program utama KPN dan akan terus diperkasa bagi menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat di seluruh negara.

Related Posts

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU – Penambahbaikan pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia disifatkan signifikan kepada Sabah dan Sarawak kerana mengambil kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

RM500 bantuan penerbangan ringankan beban pelajar baharu IPTA – PM Anwar

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

MyKad Generasi Baharu tersedia di seluruh negara mulai hari ini

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia

Hari Malaysia: Perjuangan hak Sabah bukan usaha menjauhkan diri daripada Malaysia